MAKAN DI RESTORAN SALAI WAGHIH DEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT 



SEMALAM, seperti yang Sk beritahu dalam post sebelum ini, Sk bertugas di luar kawasan sempena pengumuman keputusan peperiksaan SPM. Ada jemputan dari sekolah untuk program kerjaya pelajar tingkatan 4.


Seronok pulak berborak dengan anak-anak tingkatan 4 ni tentang minat dan cita-cita mereka dalam bidang tertentu. Booth kami dapat sambutan meriah juga sampai habis semua risalah dan buku nota yang dibawa. Sk siap bawa dua botol cookies dari Sedap Corner, seronok dorang dapat makan cookies.


Lepas selesai bertugas, Sk dan kawan-kawan ke Restoran Salai Waghih Den untuk makan tengahari. Selalunya kalau program macam ni, pergi berdua dengan Naza tapi Naza cuti sebab hantar anak bujang dia ambil keputusan SPM. Rakan setugas Sk kali ni, Azlina dan Rosza. Oh, masa bertugas dengan Naza sebelum ni pun kami makan tengahari di Restoran Salai Waghih Den ni jugak, hehehehe.


Kami ambil menu set dan pilih Set B. Set B ni untuk 4 orang makan berharga RM60. Nak ambil Set A untuk dua orang makan, nanti tak cukup pulak, heheh. Antara lauk yang ada dalam Set B ialah Sotong Sambal Petai. Ni dia guna sotong kembang tu. 


Ini pulak  Rendang Ayam Puding. Pertama kali Sk makan lauk ni. Dia guna ayam kampung ya, tapi lembut elok sempurna masaknya. Rasa rendangnya lebih berlemak dan ada kelainan la dari aroma daun puding tu. Sk pun tak pasti la daun puding yang dimasukkan dalam masakan ni macam mana rupa sebelum dimasak sebab Sk cuma tahu pokok puding hiasan tu jer, hihi.


Tak sah makan masakan Nismilan jika tak ada lauk Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Dia punya masakan ni macam berempah sikit, mungkin ada letak kerisik atau rempah ratus istimewa. Daging pun lembut dan terbau salainya. Sk juga dapati rasa masakan ni berbeza dengan masa kali pertama Sk ke sini dulu. Yang dulu tu lagi sedap dan ada belimbing buluh pulak dalam lauk tu.


Sayur Kangkung Goreng Belacan. Masakan yang dalam set ni tak boleh tukar ya, contoh, ayam puding tu nak tukar dengan ayam masak lemak, tak boleh.  Di samping tu, dalam set ni ada jugak dua keping telur dadar.


Total RM71.40. Tiada sebarang cukai dikenakan. Berbaloi la dengan suasana dan konsep restoran yang ditawarkan.

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA ada buat entry daun puding ni...nanti baca ye...memang sedap rendang letak daun puding..
    http://www.suriaamanda.com/2021/06/inilah-rupanya-daun-puding-hitam-untuk.html

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan daging salai.. Teringin pulak..

    ReplyDelete
  3. kalo ke restoran masakan salai pasti order menu daging salai fav

    ReplyDelete
  4. Sedapnya hidangan dan harga berpatutan. Bagusnya, ada program untuk budak² sekolah. Boleh la bagi idea pada mereka arah tuju lepas spm, kan.

    ReplyDelete
  5. di kelate ni payah nak jumpa restoran yg jual daging salai masak lemak. Jika mengidam, kena buat sendiri lah ye.

    ReplyDelete
  6. di penang ada 1 kedai faveret saya, kat sana, semua makanan tradisi setiap negeri ada disitu, termasuk salai...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya menu kampung camni. Ada daging salai masak lomak memang sedap.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Makanan variety nampak sedap.. harga tiada cukai tu mmg terbaikk

    ReplyDelete
  10. Nampak pekat kuah nya, pasti sedaaap lah kak. Apalagi daging salai... Saya sukaaaa Krn aroma smokey nya buat nambah nasi 😄👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!