Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH, debaran berakhir malam tadi apabila Pasukan Johor Darul Takzim muncul Juara Unifi Piala Malaysia 2024 - 2025. Taklah malu nak main bunga api malam ni dan yang penting, Isnin kami cuti sama ada menang atau kalah sebagai penghargaan kepada pemain ke 12.
Minggu lepas (ahad), masa balik dari pasar tani, berborak sekejap dengan jiran sebelah kiri yang baru lepas siram pokok. Bila tahu kami baru balik dari pasar tani, beliau cerita beliau selalu pergi pasar tani hari Sabtu di Rumah Pangsa Kangkar Pulai. Jadi, semalam PI ajaklah ke situ pulak, pasar taninya kecik aje sebaris. Kami beli daging jer sekilo. Balik dari pasar, kami ke Restoran AZ Sup Tulang, Sk pesan Lontong.
Selalu masa masak lodeh kita masukkan tempe siap-siap tapi ni dia tabur tempe goreng yang dihiris nipis. Krup krap la kita makan lontongnya sebab tempe tu rangup. Sambal tumis letak sendiri, memang diletak sambal tumis di setiap meja.
Dah habis makan lontong, baru pesanan PI sampai iaitu Roti Telur Bawang. Memang dah diberitahu, roti canai atau roti telur lambat sebab banyak pesanan masuk.
Jemputan walimah yang ketiga yang kami penuhi selepas raya adalah dari pengajar kursus Automotif yang Sk panggil Siti di Kampung Sri Paya, Kulai. Kami keluar rumah hampir pukul 2 petang dalam hujan lebat, nak tunggu hujan reda risau hujan tak reda-reda, jadi kami redah aje la. Sk basah lokos masa tutup pagar sebab hujan dengan angin kencang. Sampai dewan kenduri, baju pun dah kering sendiri.
Menu kenduri, nasi beriani, ayam masak merah, daging beriani, dalca dan pajeri nanas. Minumannya kordial oren dan air mata kucing. Ada buah tembikai dan oren, ada kuih kaswi dan kole kacang. Lepas tu Sk makan soto nasi sikit dan ambilkan taufufa untuk PI. Nampak jemputan semeja dengan Sk makan burasak, tapi bila Sk cari, macam dah habis. Tu tak pa, dia ambil soto, laksa penang tapi tak dimakan, tinggal tergeletak atas meja, hurmmm...
Tak sempat nak bergambar dengan Siti sebab dia sibuk dengan sesi bergambar dengan keluarga pengantin lelaki. Tak tahulah kenapa macam nak lekas balik sangat. Lepas tu teringat sepupu, Abang Zali jemput ke Rumah Terbuka beliau di Taman Setia Indah. Ni tak ada dalam plan tapi alang-alang dah ada kat jalan, kan. Dari Kulai kami masuk lebuhraya dan keluar di Bandar Dato Onn. Sampai rumah Abang Zali, terserempak dengan sepupu-sepupu, Kak Sehan, Emi, Nani dan Mader dah nak balik.
Walaupun masih kenyang makan kenduri, kami tetap makan hidangan di rumah terbuka iaitu Nasi Jagung dan konco-konconya. Nak balik tu, Abang Zali bagi kerepek pisang dan kerepek ubi, hehehe. Bolehlah layan sambil tengok kdrama. Abang Zali ni dulu tinggal di Wangsa Maju, lepas pencen PDRM, dia balik Johor dengan isterinya Kak Sarina.
Dia bukan tak kenyang tapi tekak rasa nak makan sesuatu, hahaha. PI la ajak mengopi di The Coffee Valley di Taman Anggerik Emas (Impian Emas). Staf kata, tulis sendiri apa nak pesan, hehehe.
PI mengopi. Kopi dia tak power.
Sk pesan Cham. PI makan telur setengah masak jugak. Ambik satu set roti bakar, makan kongsi.
Pandai gak PI ni ambil gambar nampak kurus, tapi kepala pulak nampak besar, hahahahaha.
Semalam pun makan lontong jugak Cie. Tapi tapau je makan kat rumah.
ReplyDeleteSaya pun sedih juga tengok kalo makan kenduri, orang makan tak habis tapi ambil banyak, tak ingat orang kat belakang.
ReplyDeleteTudia, dia bagi buku nota kecik terus, tulis order sendiri. 😁
Nampak sedap kopi SK.
Selamat menjamu selera..
ReplyDeleteKopi tak power tapi nampak kaw
ReplyDeleteDah habis lontong baru smpai roti tu.. lama jugak... Dpt kerepek pisang dgn ubi .. sedapp boleh kunyah2 dlm kete..
ReplyDeleteNampak menarik kuah lontong tu. Boleh cuba letak hirisan tempe pulaklah nanti.
ReplyDeleteYa Allah tergodanya tengok lontong tu! Siap boleh tambah sendiri sambal tumisnya tu ...
ReplyDeletePH pun geram kalau org ambil makanan tapi tak makan ni. Membazir dan kesian dekat tuan rumah, setiap satu tu ada kos yg ditanggung :(
Tu la kadang- kadang kan..amik makanan banyak tapi x habis atau x sentuh langsung...membazir je..tuan rumah dah sediakan amik la satu2 kan...kenduri sekarang catering bukan murah...
ReplyDeletesedap nmpk lontongnya...bagus kedai ni, tak kedekut sambal....
ReplyDeletePaling tak suka memang kalo makanan tak dihabiskan. Kenapalah tak makan dulu sampah habis, kalo masih lapar baru ambil lagi.
ReplyDeleteLontongnya sedaaap, mirip dengan lontong di sini. Saya pun lebih suka kalo tempenya digoreng garing. Ada sensasi kriuknya 😄😄
Hujung minggu yang meriah! Macam Macam menu ada ye...
ReplyDelete