MASAK KARI AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
11

 Assalamualaikum WBT 



Kelmarin, Sk masak lauk Kari Ayam atas permintaan PI. Isk isk isk, padahal, baru sehari sebelumnya  makan nasi daun pisang lauk kari ayam, kat Ashoka Curry House. Sk pulak teringat-ingat kari ayam yang makan dengan ketupat masa beraya rumah Mak Enon. Kari ayamnya lemak-lemak, kari ayam melayu. Sk kalau masak kari ayam, selalu jadi macam kari mamak. Jadi, ni, Sk kurangkan rempah kari dan letak santan. Menjadi jugaklah kari ayam ala Mak Enon yang lemak-lemak, hehehe.


Ada peha ayam seketul dalam kari. Kalau ada Iman, mahu berebut. Selalu, nak elak dorang berebut, Sk potong dua peha ayam ni, biar sama-sama tak dapat, hahahaha.


Sepupu, anak Mak Lang bagi acar ni seorang semangkuk masa berhari raya kat rumah dorang raya pertama tuari. Memang ngam la makan dengan kari.


Tak dapat makan acar dengan nasi minyak, dengan nasi putih pun onz. Kalau nak tunggu masak nasi minyak, kena tunggu mambang rajin. Sekarang mambang kerjanya nak baring aje, mana datangnya nasi minyak, hahahaha. Tu takpa, kain baju menunggu tiga bakul, entah bila nak melipatnya, huhu.


Sedap sangat kot kari ayam sampai PI nak repeat malam tadi walaupun tengaharinya dah makan nasi. Sup tulang merah ada lagi seketul Sk panaskan sekali tapi tak laku. Tak tahulah apa nasib dia lepas ni.


Masa masak lodeh raya pertama, terlebih potong tempe. Lepas tu, tauhu kering dan suhun pun Sk tak masukkan semua, jadilah sambal tempe goreng. Sk sorang makan la, PI tak makan tempe.


PI kata, sikit lagi dia nak singgah kedai beli hati ayam. Aaa.. nasib Sk whatsapp gambar awal-awal.


Hari ni jadi Majlis Perbandaran. Kari ayam tinggal sikit, nasi tinggal sikit, Sk panaskan dengan pulut kuning, bawa bekal pergi office. Dah macam nak pergi berkelah. Macam nak turun ke sawah pun ada, hahahaha. Tapi, masalahnya, sekarang ni dah macam tak boleh nak buka mata, huwa huwa huwa.
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lamanya x makan sambal tempe tu...saya pun kalo masak makan sorang2..x ada yang berkenan lauk tu...

    ReplyDelete
  2. sama macam dalam umah ni kalau beli tempe puas makan tak payah berebut,saya sorang je yang makan orang lain tak suka

    ReplyDelete
  3. smlm menu kari ayam juga kt umah..MIL masak utk bebruka puasa...kuah banjir sodap

    ReplyDelete
  4. pecah minyak helok la gulai ayam depa

    ReplyDelete
  5. Tempe kalu Dania ngan Haidy yang makan..SA x makan...tapi hati ayam tu fav Haidy...semalam SA masak kari ikan mayong

    ReplyDelete
  6. Uncle selalu akan berebut hati ayam!

    ReplyDelete
  7. Sama la kita SK, kena post raya syndrome kot. Serba serbi jadi malas ahak! Nak masak pun PH malas adoi 😇

    ReplyDelete
  8. kita ni mmg hantu kari... ahahaha... sy pun baru br masak kari ayam jugak mlm kelmarin, so semalam anak-anak kenduri kari ayam mkn di kantin sekolah... ahaha

    ReplyDelete
  9. Mesti sedap tu, kari ayam. Syoknya, pekena pulut kuning. My peberet! :D

    ReplyDelete
  10. Memang beda yaaa rasa kari ayam mamak dan kari ayam Melayu. Saya suka 2-2 nya, tp lebih sering makan yg Melayu, Krn kari sumatera juga mirip dengan kari Melayu. JD dah terbiasa makan

    ReplyDelete
  11. Nampak pekat kari ayam tu SK.
    Nampak acar, teringat raya 2023 Fuad pernah bawa kiriman seseorang dari Johor untuk saya... acar Mak Pon. Semuanya tinggal kenangan yang menyentuh jiwa.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!