AYAM MASAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini bertugas di luar kawasan sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024. Niatkanlah bekerja kerana Allah swt dan demi mencari rezeki yang halal. Begitulah kami, kena mengikut arahan dari semasa ke semasa.


Kisah malam tadi, masak Ayam Masak Kicap, permintaan siapa lagi kalau bukan PI. Tapi dia tanya jugak, ke.. nak masak sambal? Sk terus jawab, kicap, hehehe. Cili giling dah habis stok.


Senang jer masak ni..

Kentang potong baji, goreng hingga garing, angkat, ketepikan.

Ayam perap garam kunyit,  goreng hingga masak, angkat, ketepikan.

Tumis empat sekawan, masukkan ayam dan kentang,  tuang kicap 4 sudu, gaul.

Masukkan hirisan bawang besar dan cili dan lada hitam tumbuk kasar.

Tambah air sikit, renihkan, siap!


Panaskan sambal udang left over. Okeylah tu, ada sambal jugak.


PI bawa balik pedal ayam, kita goreng kunyit jer. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. okey masuk list ayam goreng kicap untuk awal bulan punya bekal..hehehe

    ReplyDelete
  2. Pedal/hati kalau goreng kunyit, makan begitu je pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Saya pun baru masak ayam kicap hari tu. Tapi tak letak kentang pula. Ringkas tapi sedap, kan.

    ReplyDelete
  4. Favourite anak anak juga di rumah ni..

    ReplyDelete
  5. Ayam kecap ini juga andalan saya kalo dah bingung nak masak apa 😄. Sampai kdg anak saya bosan saking seringnya masak ayam kecap 😅

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!