MEE CHAMPA LAGI DI ITU KOPI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


KISAH balik dari Jemputan Kenduri Kahwin anak sepupu PI, Kak Badriah, dua minggu lepas. Macam biasalah, asal nak menuju Sedenak mesti jammed. Perut pulak dah mula berkeroncong, maka yang terbayang sedapnya singgah makan Mee Champa di Itu Kopi, jadi kami pun exit Simpang Renggam.


Pesan Mee Champa Special seorang semangkuk, Kopi Hailam Ais dan Ais Kosong. Kopi Hailam tu sedap betul la.


Nampak tak hirisan daging dan urat keting kat dalam mangkuk tu. Daging dia hiris nipis macam guna mesin ya.



 Letak kicap cair sikit, kicap manis sikit, serbuk lada sulah, perah limau dan sambal cili. Kacau-kacau, hirup sup, suap mee, pehhhh.. ni kalau Wak WP lalu pun sumpah tak kenal, hahahaha.


Rasanya ni kali ke 4 kot singgah makan kat sini. Memang tak jauh sangat dari Plaza Tol Simpang Renggam tu, sebab tu rajin singgah kalau balik dari mana-mana. Tapi kalau dari rumah semata nak ke sini, bercinta jugak la.


Menu baharu di Itu Kopi, Ikan Terubok Sarawak. Boleh makan dengan nasi putih, nasi goreng, mee goreng atau nak ratah aje. Eh, setahu Sk ikan terubuk Sarawak tu masin, kan. Cemana nak ratah. Ke tak masin? Lama tak makan, tak ingat pulak, hihihi.


Ya Allahhhhh.. laki akuuuuu!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Aduhhh...bila la nak balik JB ni...hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Tengok aksi PI pun dah tau mmg terlajak sedap ni 🤭

    ReplyDelete
  3. Sukalah makan mi macam ni. Ringkas tapi sedap. Amboii Pak Iche' sampai begitu sekali. Nampak nau sedapnya tu.

    ReplyDelete
  4. Sedap betul tu PI sampai hirup dari mangkuk tu..
    Saya pernah sekali kot masak me champa ni...itulah kali pertama dan terakhir bersemadi dalam blog🤣

    ReplyDelete
  5. Confirm sedap, kalau angkat mangkuk camtu.
    Pertama kali dengor kopi hailam.

    ReplyDelete
  6. Langsung saya catat kak, betul2 drooling sangat liatnya 🤤🤤🤤🤤. Melihat pak PI menghirup langsung dr mangkuk, confirm sedap sangat 😄👍👍👍. Dah macam orang jepang PI menghirup kuah yaa 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!