MAKAN SATE USUS DI GERAI SATAY ROSLE @ RESTORAN JENG KUAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


TERPALING awal la sampai pejabat hari ini. Lampu trafik semua hijau kecuali satu di persimpangan Damansara Aliff - BBU. Kereta banyak tapi lancar, tapi nak dapatkan semua tu, keluar pun awal. Lagi awal dari cikgu-cikgu jiran Sk, hehehe. Pukul 6.55 dah clock in, melampau betul dia punya awal tu, hahaha.


Sambungan dari kisah Menginap 1 Malam di The Katerina Hotel Batu Pahat tu, selepas Makan di Yiwan Dessert, kami ke Gerai Satay Rosle ni pulak. PI nak makan sate usus, dah lama tak makan, dia kata. Sk tanya, muat lagi ke perut. Dia kata, muatttt. Jom la kita!


Gerai Satay Rosle ni terletak di perkarangan Restoran Jeng Kuan yang dah banyak kali jugak Sk blogkan di Alam Sari Tanah Jauhar ni. Boleh buat pesanan sate di gerai dan makan di dalam restoran. Dekat ruang terbuka pun ada meja jugak. Restoran Jeng Kuan ni merupakan restoran makanan laut. Selain tu mereka juga menjual masakan goreng panas.


Boleh pesan minuman di restoran. Kami kalau ke sini memang suka minum Jus Markisa. Tertelan air liur pulak masa tengah menaip ni. Teringat rasa dia yang mashammmm manis tu.


Tu diaaaa.. sate dah sampai. Pesan 20 cucuk sate usus dan 5 cucuk sate daging. PI la tu, nak makan sate usus banyak-banyak. Ni dia dah berzikir eh ajak ke Melaka, nak makan Sate Usus Krubong pulak la tu.


Boleh add on ketupat. Payah dah sekarang nak jumpa ketupat, kebanyakannya jual nasi impit sahaja. 


Memang sedap sate ni di tekak kami. Harga pun murah, baru RM1 sahaja bagi semua jenis sate. Saiz sate berpadanan la dengan harga RM1, tidak terlalu besar dan tidak kecil juga. Oh, di sebelah restoran ni pun ada medan selera dan medan sate jugak tapi kami lagi selesa makan di Gerai Sate Rosle ni.


Hanya di Batu Pahat sahaja Sk masih jumpa sate yang dicucuk pada lidi kelapa. Boleh melentur la dalam mangkuk ni. Masa nak bayar tu, abang tu tanya, habis tak? Sk rasa konsep dekat sini, kita bayar yang kita makan aje kot. Tapi, kami makan, habisssssssss.. mahunya tak habis, burppp.. Alhamdulillah. Tu la tu, malam dah tak keluar makan dah. Tu sebab Sk suka bawa mi segera dalam cawan jika menginap di hotel, hehehe. Senang, kalau malam-malam lapar, tuang aje air panas, aaaa... shiapppp!


Nak ke sini, boleh guna waze, taip Restoran Jeng Kuan.



Memang musykil la nanti dia keluar nama Kedai Makan Kwang Ah la pulak, haha. Ni nama lama restoran. Walaupun dia keluar temporarily closed tu, abaikan aje. Klik sahaja view routes. Boleh telefon dulu sebelum datang, takut dia tutup ke kan..

Rosle - 0127112737 atau Halim 0197740107

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terliur SA..usus adalah antara part yang SA suka..kalau org NS sebu Tembusu...bakar cicah air asam sedap tu...arwah mak suka buat masak lemak cili api campur daun kunyit

    ReplyDelete
  2. mmg rare ada sate usus...biasa sate perut

    ReplyDelete
  3. Tenguk sate ususnya pun dah kecur. Tapi jarang dengor satay usus tapi kalau satay perut kat muo pun sodap sataynya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!