Assalamualaikum WBT
Ini kali kedua Sk dan PI ke Restoran Asam Pedas Ledang yang terletak berdekatan dengan bandar Tangkak. Singgah sini kali ni bertiga beranak. Gambar di atas merupakan gambar masa datang yang pertama tu. Kali ni, kami parkir dalam pagar dan Sk pun tak ambil gambar di persekitaran. Boleh singgah baca
MAKAN DI ASAM PEDAS LEDANG, TANGKAK
Di Asam Pedas Ledang ni, pekerja akan datang ke meja ambil pesanan makanan dan minuman. Menurut staf, cuma ada asam pedas bahagian isi ikan siakap dan bahagian kepala ikan merah. Ikan lain semua dah habis. Ikan pari pun tak ada ke, dik? Tanya, Sk. Padahal staf tu dah sebut dah, semua ikan habis, lagi mahu tanya, hahahah. Tapi, mujurlah ada ikan siakap bahagian isi. Kalau ikan siakap pun tinggal kepala, terpaksalah kami angkat kaki.
Pesan sayur kubis dan ulam serta sambal belacan. Sambal belacan dia sedap, ulamnya cuma ada timun, salad dan bendi celur. SK lupa berapa total harga PI sebut hari tu.
Nahhhh.. makanlah isi siakap sorang sekeping. SK dan PI minta telur masin sorang sebelah, Iman mengendeng sikit kuning telur masin Sk. Sedap la bagi kami rasa asam pedas kat Asam Pedas Ledang ni. Kuah pekat dan sebati, cukup rasa masin dan masamnya. Kedai ni kira-kira 10 minit jer dari Plaza Tol Tangkak cuma tu la, kalau jammed, mungkin cecah 20 minit jugak. Mujur kali ni tak jammed, cepat jugak sampainya.
Burpppp.. Alhamdulillah.
Ikut tekak Lin pun sedap kak asam pedas dia, pernah makan sekali masa ikut kembara dulu.. tersinggah sini makan..
ReplyDeleteoh jalan nak ke Segamat Patutle tak nampak padahal akak selalu je ke Tangkak tapi masuk ke Hospital Tangkak le kat Taman Tangkak Jaya.
ReplyDeleteNanti kalau pi Muar lagi and balik ikut tol tangkak tu...boleh la singgah..nampak sedap asam pedas tu..
ReplyDeletekami memang selalu turun tol tangkak, tapi belum sekalipun singgah kedai ni... nak try lah nanti. Asam pedas ni saya tak minat sangat.. tapi anak saya si Abang dengan Ucid memang suka sangat. Lagi kalau asam pedas kepala ikan.
ReplyDeleteanak linda makan putih telur je...yang kuning dia hulur dekat mak dia.. tak kisah la telur masin ke telur biasa ke
ReplyDelete