MAKAN DI WARUNG POKOK CERI & RESTORAN AZINUR

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


SABTU, hari yang paling sibuk bagi Sk. Hari tu la nak kemas rumah Dan selesaikan perkara-perkara tertunggak yang tak dapat dibuat di hari kerja. Kadang, sabtu ada jemputan yang akan dipenuhi. Kalau tak ada jemputan, PI dah ada agenda lain pulak. Begitulah, kita ni banyak rencananya dalam menyempurnakan sebuah kehidupan.




Semalam, selesai meneman PI menyelesaikan urusan SPB, perut dah meradang kelaparan. Memandangkan urusan kami di pusat bandar, Sk mengajak PI makan nasi campur di Warung Pokok Ceri yang terkenal dengan masakan Kelantan. Dekat sini susah sikit nak dapat parkir, mujur ada ruang kosong di tepi jalan. 




Pelbagai jenis masakan sambal dan gulai. 




Masakan berkicap dan berempah.




Masak singgang dan masak pecah lemak Kelantan. Selalu nampak pelanggan makan kat Restoran Rembayung letak gambar masak lemak tu.




Siput sedut dan gulai kawah serta ikan pekasam.




Ulam, sambal belacan dan budu.




Pulut dakap, pulut ikan dan wajik.




Wajik




Cucur Jawa dan Ketayap.




Akok dan koci 




Getas dan Pulut Ikan Masin dengan kelapa.




SK ambil lauk masak lemak tu dengan ikan patin masak Tempoyak serta sambal belacan. Sambal belacan kena ambil sebekas tu terus, makan separuh jer, separuh bawa balik, boleh buat nasi goreng. PI ambil lauk ayam goreng, hati dan pedal, telur rebus dan sayur. Total harga makanan termasuk dua gelas limau ais, RM25. Murah betul, tu sebab ramai orang suka makan kat sini, tapi tu lerrr, susah mahu parking.




Aaaa.. ni cerita kelmarin ni, makan di Restoran Azinur, restoran legend di Taman Ungku Tun Aminah. Kami regular customer dari zaman mereka meniaga di sebelah Maybank TUTA, tuan tanah sekampung dengan PI, orang Kedah.




Memang legend, yang dine in boleh masuk dan ambil makanan terus di kaunter lauk. Nak tapau beratur di kaki lima/ luar kedai, nanti ada pekerja bungkuskan.




Sejak dulu, isteri (owner) duduk di kaunter ni, kira harga. Tunjuk dulu makanan, kemudian boleh terus bayar atau makan dulu. Dekat sini nanti dia bagi tisu sekali, memang catu ya, tapi kalau nak lagi, minta jer.




Harga minuman dipaparkan.




Favourite Sk dan PI setiap kali ke sini, Ayam Masak Merah dia yang dimasak guna cili hidup. Sedapnya lain macam, hahaha. SK biasa memang ambil dua lauk aje la, sayur dan ayam. PI suka letak lauk banyak sampai melimpah. Sambal lain, masak kicap lagi, kuah kari pun ada tu. Ni dengan dua gelas limau ais, tak silap RM24 ke RM26 macam tu.




Berbalik cerita makan di Warung Pokok Ceri tu, Sk tapau kuih-muih dia nak buat minum petang, rambang mata punya pasal dan fikir susah nak datang.




Dah alang-alang, kan.. beli kuih bom, kuih koci,  akok dan getas. Kuih-muih ni dah dipek siap setiap jenis, tu yang jadi banyak.




Beli Pudding Caramel, ni dia bagi satu percuma.




Kuih Tepung Bungkus ni sedap betul. Total harga kuih RM12. Bila kira-kira balik, murahnyaaa kuih dia. Betul tak?

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ya ampun...betul betul telan air liur saya tengok gambar kuih muih tu. teringin betul rasanya nak makan kuih akok, cucur jawa segala jeni pulu mulut tu. hahaha...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!