MAKAN-MAKAN DI HARI JADI ZULAIKHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 



ANAK saudara Sk yang paling bongsu dari adik Sk yang paling bongsu, Che Airyen Zulaikha, menyambut hari lahir yang ke 10 pada 7 Jun lepas. Namun begitu, tahun ini, Cik Ani, buat 
sambutan awal seminggu, terlanjur Cikwa belum balik KL. 




"Amaran untuk Jaika! 
Anda disyaki mencuri perhatian semua orang selama 365 hari setahun dan memiliki senyuman paling merbahaya. Sebagai hukuman, saya menjatuhkan hukuman 'Selamat Hari Lahir' dan mendoakan anda terus bahagia sampai bila-bila. Selamat ulang tahun, rakan subahat saya!"


Hahahaha




"Menurut kajian saintifik, pertambahan usia bermaksud peningkatan nilai diri anda (bukan sekadar peningkatan 1+1=2!). Anda umpama kafein; memberi tenaga dan menceriakan hari-hari saya. Semoga hayat anda dipenuhi eksperimen yang menyeronokkan"




"Sanah Helwah, Jaika. Jauh di mata, dekat di doa. Moga Allah SWT merahmati setiap langkah, mempermudahkan segala urusan, dan melimpahkan rezeki seluas langit-langitNya"




Jaika bersama ayah dan mamak. Cik Ani kurang sihat masa ni tapi tetap gagah menjala. 



Roti Jala Cik Ani pujaan hati kami.




Angah goreng ayam.




Angah masak Asam Pedas Tulang dan Daging Lembu Korban. Ni campur-campur sumbangan korban dari masyarakat sekeliling.




Dah separuh jalan majlisnya, baru perasan tak ambil gambar asam pedas. Ni makan dengan nasi putih. Roti Jala makan dengan dalca, tapi lupa nak ambil gambarnya.




Cik Ani ke Cikwa ni belanja Baker's Cottage. 




Untunglah ramai mak sedara yang sayang. Kita dulu takut oiiii dengan mak sedara. Dengar suara aje, terus berdebar-debar, hahahahaha.





Macam-macam aksi budak-budak ni bila bergambar.


Sedap kek aiskrim dari Baker's Cottage ni. Perisa vanilla dan strawberry, lain kali boleh beli lagi.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bakers cottage pekan nanas dah tutup..aiseyyy... teringin pula nak rasa..hahaha.
    Selamat hari lahir zulaikha. semoga menjadi anak solehah kebanggaan ibu ayah di dunia dan di akhirat

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap pulak kek tu...smlm ank kata nk makan kek..boleh kot p cari jap lagi...

    ReplyDelete
  3. paling bongsulah katakan...
    samalah konsep macam mak tiri dulu...rasa mcm garang je. mak tiri sekarang relax je chill2

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!