MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN DALLAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


INSYA..ALLAH, dalam dua minggu lagi, Iman akan menamatkan internship yang dijalaninya di sebuah jabatan kerajaan di Iskandar Puteri sekaligus menamatkan pengajiannya di UTM. Kebelakangan ni, Iman dah mula menghantar resume ke beberapa buah syarikat dan ada yang sudah memanggil untuk temuduga. Semoga Iman dapat kerja yang bagus nanti sesuai dengan kelulusan, kebolehan dan minat dia. Yang penting, kena masyukkkk la, kan. InsyaAllah, Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiinnnn. 



Kejadian 10 Jun lepas, Iman menghadiri temuduga di pusat bandaraya JB. Kami sebut, bando (bandar). Habis temuduga, dia culik Sk, ajak makan. Nak makan tempat best-best, katanya. Reward lepas interview.




Kami ke Restoran Dallah yang terletak di Taman Damansara Aliff, berdekatan dengan pejabat Sk. Kalau ikutkan, Sk macam nak makan di Skudai, tapi nanti macam leceh pulak nak berulang hantar, jadi, ke sini ajelah yang dekat dan mudah. Seperti kebanyakan restoran baharu kini, pesanan makanan dibuat dengan mengimbas kod QR.




Nampaknya kami pelanggan pertama jadi kita nikmati suasana aman damai ni sepuasnya. Dekorasi restoran masakan Arab ni menonjol ke arah lebih moden berbanding kebanyakan restoran yang Sk pernah kunjungi.





Dinding dilepa kemas. Selalunya restoran arab ni deko dia ala-ala dalam gua dengan dinding berbongkah-bongkah. Mereka pasang lagu pun perlahan aje.



Staf datang hantar pinggan lengakp dengan sudu, garfu serta tisu. Memang kerlas laaa Restoran Dallah ni. Pinggan dia cantik betul. Sk lupa pulak nak ambil gambar luar restoran tapi anda boleh google la, memang mewah luar dan dalam.




Kemudian staf datang hantar sos harrah dan yang satu lagi tu macam dalca. Ini side dish bagi nasi arab la, kan. Lagi sekali terkesima tengok mangkuk side dish dia, hihi.




Kemudian mereka bawakan ni pulak. Sk buka, dalamnya ada Roti Arab. Disebabkan kami ada pesan menu lain selain Nasi Arab, pada mulanya Sk ingatkan ia adalah roti untuk menu tersebut, jadi, Sk diam ajelah. 




Hanith Lamb, RM28 untuk Tuan Tanah Kedaung. Daging kambing berempah dibungkus dalam aluminium foil.




Untuk Iman, Kabsah Lamb, RM28. Yang ni kambing di bawah nasi tu dan tidak berempah. Walaupun namanya lain, tapi nasinya tu nasi yang sama cuma cara masakan kambing tu berbeza.




Nasinya tak bertimbun sangat, macam tak cukup aje ni, hahaha. Tapi kambing tu banyak betul, nasi dah habis, kambing ada lagi.




Tengok gambar rasa nak repeat sekarang jugak! Nasi sedap, sos harrah dia pun sedap, pedas manjah. Kambing empuk. Pinggan cantik pulak tuuuuh.




Memang tak berapa kenyang la, Sk buka bakul tu, ambil roti arab makan dengan kuah macam kuah dhal tu. Pedas eh kuah tu. Dekat sini dia tak bagi sup pulak untuk dimakan dengan nasi arab. Roti arab ni agaknya percuma la, Sk tak tanya pulak.




Mix BBQ, RM35. 

Tak tahulah kenapa dah order nasi, lepas tu nak jugak ambil BBQ Mix ni. Ni kami ambil saiz kecil la. Dalam set ni ada roti macam tortilla tapi nipis jer.




Datang berdua tapi pesan makanan macam datang berempat, hahaha. Mix BBQ ni kami pilih chicken dan beef. Beef tu sedap, chicken pun sedap tapi beef lagi sedap. Aiyaaa, dua-dua pun sedap, laaaa. Ia digaul bersama rempah ratus dan macam ada letak kelapa parut sikit kot sebab ada rasa kelapa tu.





Tadi bukan main lapar, ni dia kata kenyang, dia tak mahu makan Mix BBQ tu ya. Kami habiskan kentang jer, kebab tu Sk jamah sikit, lepas tu bungkus semua. Staf tu cakap, oooo.. sudah kenyang ya. Sk dengar suara dia macam melayu, toleh, memang staf melayu. Sebab yang sebelum-sebelumnya orang arab yang layan meja kami. Dan macam biasa la, Sk sebagai JK Pelupusan, bawa makanan tak habis tu bekal ke pejabat. 




Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!