MASAK IKAN SIAKAP STIM LIMAU & BABY KAILAN GORENG BAWANG PUTIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


SALAM 10 Muharam. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Semoga tabah menahan lapar dan dahaga sehingga tiba waktu berbuka. Berpuasa sunat terutama hari ni hari Jumaat, sungguh kuat godaannya, Allahu. Hari ini, Sk keluar awal jugak. Semasa menuruni jejambat Perling menghala ke pusat bandar, warna alam nampak kelabu kebiruan. Lampu jalan seakan dibayangi kabus macam berada di Cameron Highlands. Masuk sahaja kawasan Tampoi langit makin gelap dan hujan pun turun lebat. Tapi, tu la.. ku sangka hujan hingga ke petang, tapi sekarang sudah panas berbahang.




Hari ahad, 14 Jun lepas, punya kisah. PI pergi pasar tani, balik bawa ikan siakap, nak masak stim limau. Sos stim limau, PI yang buat, Sk tukang kukus ikan. 


Yang Sk tahulah, PI cincang halia, bawang putih dan cili padi. Cili padi hijau tinggal sikit beno, nasiblah Sk ada simpan cili padi frozen, tu pun cili padi merah Thailand tu. Tu takpa, orang yang jual cili padi tu dah lebih setahun meninggal, maknanya dah dekat dua tahun kot Sk simpan cili padi tu. Dulu memang suka simpan stok cili padi dalam freezer, asal beli simpan tapi tak guna. Nanti beli lagi, bertambah lagi. 




Bahan-bahan yang dicincang tadi, dicampur garam, gula dan jus limau nipis dan ditambah sedikit air masak. Ianya tak perlu dimasak. Lepas kukus ikan, buang air ikan tu, kemudian terus curahkan sos atasnya dan taburkan daun ketumbar. Ni kena makan panas-panas la.. tu yang penat sebab lepas masak kena terus makan. Kalau masak gulai, boleh rilek-rilek dulu sebelum makan.




Goreng sayur baby kailan sebungkus. Yang ni Sk goreng bawang putih cincang hingga garing, kemudian keluarkan bawang putih dari minyak, ketepikan. Masukkan sayur dalam kuali, kacau sekejap, tuangkan sos tiram, kacau lagi hingga sos melitupi keseluruhan sayur, renjiskan sedikit minyak bijan, kacau rata, kemudian angkat masukkan dalam mangkuk hidang, taburkan bawang putih cincang yang telah digoreng tadi.




PI memang suka sangat la beli kerang. Ni Sk rebus dengan serai dan garam jer, anggaran 5 minit masa merebus. Kerang ni cicah dengan sos cili Thai aje pun dah sedap. Iman tak makan kerang rebus, kalau kerang dalam char kuey teow tu kadang dia makan, kadang dia tolak tepi. Haiwan bercengkerang dia memang tak makan kecuali... Cuba teka??? 

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alaaaa...mrak dapat tekalah haiwan bercengkerang tang Iman tu....
    Tapi kita suka sangat makan kerang rebus dengan serai.

    ReplyDelete
  2. Menggoda betul menu SK ni. Saya nak makan ikan siakap kat kedai je. Kalau buat sendiri tak tau kenapa tak suka bau ikan siakap kukus sendiri 😅

    ReplyDelete
  3. Macam menu kedai dah ni nampak ikan siakap tu siap belah gitu. Tak pernah masak baby kailan.

    ReplyDelete
  4. mcm kt kedai dh menu siakap tu....kt umh ni kalo ada menu siakap lps tu goreng telur dadar je...rs mcm kt kedai siam haha

    ReplyDelete
  5. Dah macam menu kedai toye ni SK. Lama tak beli kerang. Rebus tak terbuka, kenapa erk? Pastu isi melekat dekat cengkerang.

    Iman makan ketam kan?

    ReplyDelete
  6. Kecuali oyster?? 😁😁. Sajaaa terka...

    Saya kerang memang makan kak. Sukaaaaa sangat. Tp pernah lah dulu dapat kerang yg mungkin tak segar, sakit perut macam keracunan. Cuma tetap tak kapok lah. Masih mau makan , cuma hati2 saja pilih tempat

    ReplyDelete
  7. Kecuali ketam kot. Eh, ketam tu, bercengkerang ke? Kecuali siput sedut la, saya teka. Hehe..
    Lama betul SK simpan cili padi dalam freezer. Nampak sedap, ikan siakap stim limau, homecooked je. 😋

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa menu stim limau tu.. geram lakkk tekak kita..
    Nak cari siakap gak laaaa

    ReplyDelete
  9. Sedapnya nampak kerang rebus cicah sos Thai tu! Bab teka-teki Iman tu, SA nak teka ketam! Sebab biasanya budak-budak milih makan ni kalau ketam masak bercili ke, memang laju jer dorang makan, betul tak? 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!