MASAK KARI AYAM ALA MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


TAK produktif la hari ni macam mengantuk sikit. Dok tersengguk-sengguk depan PC ni haaa. Ada ke geng mengantuk hari ni, jom la kita 💤. Hahahahaha. Ni la akibatnya marathon drama bersiri malam tadi, tajuknya I Will Find You. Tu nasib baik beringat, dah 12 tengah malam, masa tu, dah nak masuk episod 5. Kalau tak mengenangkan kena bangun awal, memang mahunya lajak sampai habis episod 8, huhu.




Baiklah, kita selang-seli la blog kita dengan kisah memasak pulak. Bak kata Sk selalu, rajin kita masak, malas kita makan kat kedai. Masalahnya, nak bersiap ke kedai tu pun malas jugak, jadi, marilah kita memasak. Mambang rajin pun datang ni, terbang melayang dari Lahad Datu, hehehehe. 

Tengok tarikh masak Kari Ayam ni pada 10 Jun lepas, hari rabu, hari bekerja pulak tu. Ayam tu beli dari Jualan Kasih Johor. Kombo Jualan Kasih ni kita dapat seekor ayam bulat, 2 kg minyak masak dan sepapan telur gred C. Ayamnya pulak dah semalaman dalam chiller, takkan nak di-frozen-kan semula, tu la tu, Sk masak kari. Tapi, kentang tak ada stok pulak, letak tomato aje sebiji.


Resipi Kari Ayam Sk

1/2 ekor ayam, potong
Minyak untuk menumis
Rempah 4 sekawan
2 biji bawang besar merah dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1" halia dihiris kasar
2 tangkai daun kari
4 tbs rempah kari daging
1 tbs serbuk cili
1 tsp serbuk kunyit
Air secukupnya
1 senduk kecil santan kara
2 keping asam gelugor
1 biji tomato potong 4
Garam
Ajinomoto

Cara memasak:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bawang, rempah 4 sekawan dan halia hingga bawang layu. Masukkan daun kari.

2. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan serbuk kunyit serta air secukupnya untuk melarutkan rempah. Kacau hingga terbit minyak. Tambah air lagi, kacau lagi hingga terbit minyak. Ulang lagi sehingga dapat hasil pes yang cantik.

3. Masukkan ayam, biar merenih sekejap, kemudian tambahkan air sehingga paras ayam, biar mendidih anggaran 15 minit.

4. Masukkan santan pekat, kacau sentiasa sehingga mendidih lagi sekali anggaran 5 minit lagi.

5. Masukkan garam, ajinomoto dan akhir sekali masukkan tomato. Tutup api.




Ayam yang setengah ekor dipotong tadi, Sk ambil tiga ketul untuk digoreng. Selalu, kalau masak ayam sebelah macam ni, pehanya tu Sk potong dua supaya tak ada siapa yang dapat peha seketul, baru adil, hahahah. Tapi, kali ni kita bagi chance Iman ambil peha, babah mengalah kena ambil kepak. Ayamnya pun tak besar sangat, kan. Peha tu masuk dalam kari.




Dah lama dah eh meja ni tak beralas dan bertukar balutannya. Meja makan dah lama, nak ganti yang baru tak jumpa yang berkenan. Yang last tu, baru aje Sk letak alas meja siap dah letak plastik, semua jatuh ke bawah, di tarik anabul yang mengganas. Selagi dia masih berjiwa budak, nampaknya tak boleh nak letak alas meja. Pantang nampak benda terjuntai, nak diajaknya bergurau.




Masa ni, Iman tengah ceduk nasi pinggan ketiga, tu la nampak ada dua pinggan nasi aje kan. Kena ambik gambar cepat-cepat sebab nanti kalau PI dah duduk, memang tak sempat, hahaha. Adoiii, banyaknya Iman cedukkan nasi, ajaibnya, masing-masing makan sampai licin. Lama tak makan Kari Ayam, kata PI. Ialah, pulak tu kuahnya pekat macam kat Ashoka, memang sedap laaa. Eh, terpuji diri sendiri pulak, hahahaha.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mambang LD tak salah jalan ye...zoom terus ke Tanah Jauhar.
    Tengok ayam goreng, sudah tentu untuk PI. Ooo Iman pun nak juga ye.

    ReplyDelete
  2. bab keadilan peha ayam ni, suami saya gigih tau tambahkan peha ayam untuk sorang satu. Kalau saya.... hentak je potong dua peha ayam tu. Kuasa lah melayan..hahaha

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nampak kari ayam ala mamak SK ni, pekat betul kuahnya! Patutlah masing-masing makan berselera sampai licin pinggan. Bab alas meja tu sabar jelah SK, faham sangat kalau ada 'anak bulu' kat rumah, memang semua benda terjuntai tu dia anggap mainan dia 😂. Tunggu dia besar sikit nanti baru boleh deco meja semula.

    ReplyDelete
  4. Layan dengan ulam timun dan sambal belacan ni sedapnya. Pekat melekat gitu kuahnya

    ReplyDelete
  5. Rumah ni ada masa berebut part juga. Terpaksa la mengalah demi anak2. Anak2 pulak jenis tak makan isi. Bahagian tulang je.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!