Assalamualaikum WBT
MINGGU ini duduk rumah aje. Semalam, satu hari Sk gantung periuk. Pagi, sarapan Lontong Kering di Pak Din Corner, tengahari tapau Nasi Padang di Restoran Nasi Padang dalam taman (lupa nama restoran), malamnya pulak, kami pergi makan Mee Rebus Idaman di Taman Bukit Indah (tu nanti Sk cerita lain). Pagi tadi, PI pergi pasar tani dan balik bawa sarapan Nasi Lemak Daun Pisang dan Roti Canai. Petang ni la baru kita masak hasil tangkapan PI di pasar tani.
SK ada cerita sebelum ini, kolej mengadakan Program Ibadah Korban kali ke 6 pada 11 Zulhijah 1446H bersamaan 28 Mei 2026. Kali ini, Iman mengambil satu bahagian korban, boleh baca
Selesai melapah semua daging dan tulang lembu korban, kami membahagikan organ lembu iaitu limpa, hati, jantung, paru kepada tujuh orang. Begitu juga dengan ekor lembu. Ekor lembu Sk buat sup manakala organ lembu kecuali paru Sk buat Rendang Nasib.
Semua organ ni Sk rebus dengan halia yang banyak untuk matikan air dan mengelakkan ia rosak memandangkan lama berada di luar. Ni pun tumpang rebus rumah Angah sebab lepas program Sk terus ke sana
makan Laksa Johor tu.
Daging korban bahagian Iman, Sk ambil sekilo sahaja, semuanya Sk masak rendang dan campurkan dengan organ lembu kecuali paru. Maka, jadilah Rendang Nasib. Paru lembu belum masak lagi, berangan nanti nak masak Paru Berlado, kalau malas kita buat goreng kunyit aje makan dengan nasi lemak, hehehehe.
Resipi Rendang Nasib
1 kg daging lembu
1 kg organ lembu (campur-campur bahagian limpa, hati dan jantung)
Bahan Kisar:
3" halia
3" lengkuas
1" kunyit hidup
7 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan putih
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Bahan lain:
2 senduk cili kisar
2 kotak santan pekat (200ml x 2)
Air secukupnya untuk mencairkan santan, jangan terlalu cair.
Gula melaka
Garam
Asam keping
Kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit (hiris halus)
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar dan didihkan. Sentiasa kacau supaya tidak hangus di dasarnya.
2. Di pertengahan tempoh memasak, boleh masukkan gula melaka.
3. Apabila kuah semakin susut, masukkan kerisik, garam, daun limau purut.
4. Apabila rendang hampir kering, masukkan daun kunyit.
5. Tutup api bila rendang hampir kering.
Rendang dah siap, Sk masukkan dalam bekas untuk diagihkan pada Angah, Cik Ani dan Cikwa. Nak hantar Melaka, tak sempat pulak. Maaf eh orang kampung angkat, heheheh.
Sup Tulang Lembu Korban yang dah wassalam.
Pertama kali dengar nama rendang nasib ni..
ReplyDeleteSelamat merendang
ReplyDeleteOwhh rendang nasib namanya
sedap tu
ReplyDeleteSedap ni SK! Lama tak makan rendang nasib. Bahagian organ masa korban hari tu dapat tak banyak, buat goreng kunyit je la. Paru memang masak belado la, dapatlah sekali makan.
ReplyDeletewah kalau pelbagai bahan daripada daging namanya rendang nasib. huhuhu begitulah nasib si lembu menjadi korban dan akhirnya menjadi rendang. Sodapnyaaaa
ReplyDeleteTak pernah masak rendang nasib. Sedapnya.
ReplyDeletepasni tambah lagi satu lagi bekas anto pekan nanas.. hahaha. Saya pun kalau dapat banyak organ dalam lembu tak tahu nak masak apa. selalu masak rendang campur macam ni la. tapi tak tahu rupanya ada nama khas dia.. Rendang Nasib...
ReplyDeleteSaya dah siap buat paru berlado smlm...husband kata dia nak yg sambal..adoi la...dah la renyah nak buat...beli jer la...
ReplyDeleteKakk Mee Rebus Idaman tu kawan Lin punya kedai tu.. ikut tekak Lin, memang sedap.. kadang singgah semata nak bungkus mee rebusnya ..
ReplyDeleteHrtu bt rendang nasib tp itu lerr LiN sorang makan, anak² gan Laki tak pandang sbb takut cedok dpt limpa dan hati lembu hahahahaha
Sk akak ambik ye resepi ni nanti nak cuba buat.
ReplyDeleteSedapnya, SK. Nasib baik saya jauh. Kalau tak dah ngendeng sebekas rendang nasib SK. 😋
ReplyDelete