Assalamualaikum WBT
MARILAH cepat habiskan cerita semasa Menghadiri Majlis Resepsi Arfan dan Shazreen di Putrajaya, awal bulan hari tu sebelum habis bulan Jun. Nanti banyak kisah lain nak menyusul pulak, gambar dalam galeri pun dah makin penuh, nak kena pindahkan ke galeri rumah biru pulak sebelum dihapuskan.
Dulunya Double Tree by Hilton Putrajaya Lakeside ni ialah Hotel Pullman. Setiap kali ke Putrajaya, selalu berangan nak menginap di sini, dari ianya Hotel Pullman sampai dah bertukar ke Double Tree kerana tertarik dengan rekabentuk luarannya yang klasik.
Deluxe Room,
Extra bed, RM172.80 incl. 1 breakfast.
Dekat sini, bloknya berpisah-pisah, bukan satu bangunan, setiap blok tu disebut Wings. Kami duduk Wings 5, Tingkat 3, bilik nombor 305.
Cuma guestroom ni saiznya tak besar macam deluxe room. Sebab tu hotel tak bagi tambah extra bed. Memang ngam-ngam jer ada lorong tu dan ada ruang solat dekat dengan sofa dan balkoni. Keseluruhan bilik dilitupi permaidani. Pagi-pagi bangun tak ada bersin-bersin atau rasa macam resdung tu maknanya karpet tu bersih elok.
Air minuman disediakan macam ni. Ni kalau dah buka, tak boleh nak simpan dalam peti sejuk sebab tudung botol tu buka jer terus tak boleh tutup semula. Ruang berdiri dalam peti sejuk pulak kecil dan botol ni lebar sedikit, tak muat untu didirikan. Jadi, kena tuang baki air dalam gelas untuk simpan.
Kopi dan teh berjenama.
Lengkap dengan seterika dan papan penggosok. Sejadah disediakan dalam laci.
Lampu-lampu bilik air bergemerlapan ditambah penataan warna hitam keemasan sebagai latar.
Sabun tangan, sabun mandi, shampoo, perapi dan losyen disediakan dalam botol besar.
Pagi esoknya, ramai tetamu nak bersarapan, kena beratur di kaunter tunggu meja siap, tapi tak lama pun beraturnya. Meja banyak tapi staf tak ramai dan ruang makan pun agak sempit di antara kaunter buffet. Tak selesa macam Makan Kitchen di cawangan hotel Double Tree yang lain pernah Sk kunjungi.
Seperti selalu la ya, Sk mulakan dengan American Breakfast, almaklum, tekak omputeh.
Nasi lemak daun pisang dia sedapppppppppp!!!
Hah, kami nak balik bilik, baru sampai Zeti, nak sarapan.
Lepas breakfast, Iman kata nak mandi kolam, cari Iman kat kolam, tak ada, ingatkan dah naik bilik, rupanya dia mandi kat kolam atas.
Foto-foto lagik!
Tenkiu, mama, simpankan tiffin untuk kami. Isinya, tudung dan cookies. Tiffin ni goodies untuk majlis nikah.
Dalam kotak ni ada Kek Lapis simbolik pengantin lelakinya orang Sarawak.
Kita selitlah gambar budak-budak ni masa zaman kanak-kanak. Atas, Iman dan Zeti, bawah, Shazreen dan Izzat. Iman tu dari dulu la trademark dia asal bergambar buat muka excited macam tu, tak berubah sampai sekarang ya, hahaha.

































syok dpt special rate tu...best tgk ada sarapan nasilemak daun pisang kt otel
ReplyDeleteBest tido situ.. kalau bole x nak blk 🤪
ReplyDeleteuik..murah betul tu bilik tu...untung dapat diskaun skit...Pullman dulu SA pernah training kat situ tapi x pernah bermalam...
ReplyDelete