JALAN-JALAN DI KOPI O RAMA & MAKAN DI RUMAH UDANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


RASA lambat betul nak sampai ke hari Jumaat, minggu ini. Semalam petang, dalam pukul 4.30, terserempak dengan pelajar-pelajar balik kelas, Sk pun tegur, lambat balik? Dorang tengok jam, betullah puan. Oh, laaaa.. saya ingat hari ni Jumaat, hihi. Jumaat habis kelas pukul 12.30. 



Kisah 29 Ogos 2026, Sk dan Iman plan nak pergi makan dan mengopi di Kampung Melayu Majidee, Sk tak ingat pulak nama kedai tu, sebab masa kami datang kedainya tutup, tak ambil gambar jadi tak ingatlah ceritanya, heheh. Tapi, sebelum tu, kami ke Kota Jail, ada event Kopi O Rama.



Kota Jail ni merupakan bekas bangunan Penjara Ayer Molek yang kini diubah suai menjadi pusat seni, budaya dan pelancongan. Dibina pada tahun 1883, ia merupakan penjara ketiga tertua di Malaysia. 



Namun, operasi sebagai penjara ditamatkan pada 30 Ogos 2005 dan dipindahkan ke Kluang. Premis ini kemudian ditinggalkan kosong pada 2017.
Ia dihidupkan semula dengan nama Kota Jail (Jail Market) mulai Disember 2024 dan dilancarkan sebagai produk pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026.



Ada jualan pakaian bundle dan baharu serta aksesori. 


Rekabentuk dan jeriji kebanyakannya dikekalkan. Bagi yang le tour the penjara, boleh la beli tiket. Nanti ada petugas yang bawa meneroka tapak-tapak sel penjara. Kalau tak beli tiket lawatan, boleh melawat ruang jualan sahaja la.



Asyik nak beli baju tapi ulang-ulang tetaplah pakai baju belang. Baju belang for life!



Tembok penjara yang memisahkan banduan dengan dunia luar.


Sumber air penjara suatu masa dulu.



Kami ke bahagian atas untuk ke Food Festival. Di JB ni tiap-tiap minggu ada Food Fest dan sumber pendapatan kebanyakan perniagaan ni memang dari Food Fest la.


Tertarik jugak dengan Port Pizza Wagyu ni tapi hari tu kan dah dapat makan Wagyu Pizza Kopi Saigon. Lagipun, kami dah plan nak makan di tempat lain.



Kalau di Food Fest ni memang banyaknya dessert la kan.



Ada disediakan meja-meja makan tapi tak cukup. Ada yang makan di tangga dan di atas kayu pallet ni. Bagi orang muda mungkin selesa tapi remaja purba macam Sk ni, agak susah la kot nak bangun duduk, ada karang tertonggeng, hahahah.



Singgah Nenek's Matcha Bar, Iman penggemar Matcha.



Unik cara pick up minuman yang telah siap.



Buka pintu ada taman. Dalam taman, ada matcha 🥰. Rasa matcha tak kuat sangat tapi Sk tetaplah tak boleh go. Matchalah betul tekak remaja purba ni, hahahah.



Dari Kota Jail, kami ke Kampung Melayu Majidee. Tu la tu, Sk cerita tadi, kedainya tutup. Kebetulan nampak pulak Restoran Rumah Udang yang terletak berhampiran.



Pelbagai jenis cara masakan untuk nasi goreng sahaja. Selain tu ada menu mi jugak dan beberapa menu lain, Sk tak ambil gambar semua menu, malas laaa, hahahha. Iman kata, Rumah Udang ni viral jugak. 


Iman pesan Char Kuey Teow Udang. Dia suka kuey teow berkuah macam ni ya. SK baru tahu. Rasa CKT dia biasa-biasa aje la. 



SK pesan Nasi Goreng Rumah Udang, signature menu di sini. Tapi, hurmmm. 



Dia macam Nasi Goreng Pattaya, tapi bukan sebab telur tu tak bungkus nasi sepenuhnya, cuma serkup atas nasi. Nasi goreng putih tak ada rasa pulak. Lepas tu picit sos banyak-banyak atas telur tu dan ada sambal sikit macam sambal hijau. Tapi, untuk harga tu puas hati nasinya banyak, Sk makan hampir separuh, bakinya bawa balik, dua kali perangat pun tak habis ya, adeh!

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Penjara diubah suai jadi pusat seni. Menarik!
    Kita kalau dah duduk atas kayu palet gitu, nak bangun rasa menangkap kat pinggang 😄

    ReplyDelete
  2. Plan asal nak mengopi di Kampung Melayu Majidee, sekali kedai tutup dan akhirnya singgah Kopi O Rama di Kota Jail. 😄 Kadang-kadang rancangan yang tersasar macam ni lah jadi cerita lebih menarik untuk dikenang.

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik konsep Kota Jail ni. Meriah pun meriah juga jualan itu ini

    ReplyDelete
  4. Kota jail ini menarik 😍😍😍. Ok, nanti saya datangi lah. Bisa juga lihat bentuk penjara nya dulu bia tour the penjara yaaa 😍. Anak saya pun suka tempat bersejarah begini. Makin tak sabar nak liburan 😄

    Aneka penjual makanan pun bisa untuk cuci mata. Sekalian raso2 😄

    Pas liat menu rumah udang, saya macam tertarik kak. Tapi pas kak bilang rasanya B saja, alaaah, skip lah. Kita cari tempat makan lain berarti 😄

    ReplyDelete
  5. Kita tak sampai-sampai lagi Kota Jail tu.. takde geng nak ke sana teman ermmm.. one day pi sendiri je laaa..

    ReplyDelete
  6. Cantik la pulak tempat pick up matcha tu.

    ReplyDelete
  7. Seram tak Kota jail tu kalau tour malam. Kreatif konsep kedai Matcha tu

    ReplyDelete
  8. SA dah explore kota jail cuma masa pergi tu x banyak lagi kedai2 jualan tu...alahai..failed ke nasinya SK?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!