NASI AMBENG MAK ANA

Seri Kandi Tanah Jauhar
12

 Assalamualaikum wbt

MENGANTUK giler pagi ni. Kelat mata ni rasanya sepanjang menempuh perjalanan lebih 30 kilometer.  Mujurlah ikut highway dan ada kopi panas menemani. Ni semua gara-gara layan drama bersiri netflix malam tadi, sampai pukul 12 malam. Layan drama tu pun sebab menunggukan Pak Inche balik kerja, kalau tak, dah lama Sk berlayar 😅

Asyiklah teringat dengan Nasi Ambeng Mak Ana atau lebih juga dikenali sebagai Nasi Ambeng Petronas Bandar Baru Uda. Beberapa kali jugaklah Sk pernah beli dan zaman Iman sekolah dulu pun pernah juga makan di sini. Sekarang, Mak Ana dah tak buka untuk dine in, cuma take away sahaja. Rasanya kawasan warung ni agak sempit dan tak sesuai untuk dine in di saat musim penyakit berjangkit ni.


Pukul 11.30 kot, Sk dah terpacak depan warung. Pelanggan belum ramai lagi. Pernah sekali Sk datang belum pun pukul 1.30, dah wassalam. Jadi, kali ni datang awal. Teringat pulak dengan Iman, jadi beli dua bungkus. Sampai-sampai saja, Sk disuruh pilih ayam goreng dulu. Errr.. ayam goreng ke? Selalunya ayam rendang. Tapi eloklah sikit rupa ayam gorengnya, sebab macam berempah gitu. Kuah rendang ada jugak, ayam rendang tak ada. Sk pun macam terkelu nak tanya sebab dia terus suruh pilih ayam aje kan. Pernah sekali dulu, masuk-masuk jer dia suruh pilih ayam rendang yang dah siap bungkus dalam plastik. Sk agak, mungkin masakan utama tu dia tukar-tukar setiap hari. Jadi, nak kena beli hari-hari ke macam mana? Hahaha.

Jadinya, Nasi Ambeng Mak Ana semalam, lauknya, Ayam Goreng Berempah, Kuah Rendang, Serunding, Sayur Goreng (Sambal Goreng), Serunding, Sambal dan Ikan Bulu Ayam serta Mee Goreng. Nasinya selambak sampai tak mampu nak habiskan. Padahal selalu jer nanti fikir nak mintak kurangkan nasi, tapi mesti terlupa. Cuma semalam, sambalnya tak berapi macam selalu. 


Kalau Nasi Kerabu menjadi kebanggaan orang Kelantan, Nasi Ambeng pastinya menjadi kebanggan orang Johor dan orang Jawa. Rasanya masyarakat Jawa ni bukan berada di Johor aje tapi juga di Selangor. Kalau ada di negeri-negeri lain tu, mungkin kerana penghijrahan. Nasi Ambeng kalau tak ada mee goreng, bukan nasi ambeng ya. Nak makan tu, gaul dulu, baru suap ke mulut, barulahhhh umph! 

Iman kata, cuba bayangkan kalau ada orang luar yang datang ke Johor dan nak makan Nasi Ambeng dan bila dia buat carian di socmed, terjumpalah Nasi Ambeng Tak Cukup Sifat tu. Kemudian, orang beli dan mesti akan cakap, macam ni ke Nasi Ambeng yang dibanggakan tu? Bak kata Mar Mansor, macam Nasi Bajet jer.



Post a Comment

12Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alamak ada orang seru nama kita. ni baru nasi ambeng. Kalau kat kampung dulu-dulu diorang suka lawankan dengan ayam masak kicap. pastu sayur campurnya meriah.

    ReplyDelete
  2. Dalam nasi ambeng kena ada ikan masin ye SK. Di kampung Kak Amie tak ada, sebab mungkin memang tak ada bekalan ikan masin bulu ayam. Di Perak, kampung emak Kak Amie ada nasi ambeng, sebab rata-rata penduduk kampungnya wong Jowo.

    ReplyDelete
  3. Kalau kita pun blur tiba tiba tanya macam tu. susah jugak bertukar tukar menunya. Kena datang selalulah gitu. Ini baru nasi ambeng. Mana nak taruk muka kalau orang luar jumpa nasi ambeng tak cukup sifat tu. huhu...

    ReplyDelete
  4. Dulu kan...x pandai makan nasi ambeng..selalu cakap macma mana nak makan ni..skrg dah pandai makan dah...hehehe..

    ReplyDelete
  5. pernah dulu makan nasi ambeng area BBU..sedap..rasanya depan pos laju kot

    ReplyDelete
  6. Nasi ambeng ni unik...betul, macam nasi kerabu.. dalam satu bungkus tu lengkap serba serbi rasa ada.. fuh nikmat yaaaamattt.

    ReplyDelete
  7. Ada juga yang tak de mee tu... rasa tak komplete pulak...

    ReplyDelete
  8. Klu kt kg akak blh kota tinggi biasa ayam kicap..tp klu rendang lg sedap.

    ReplyDelete
  9. Aduh.. terasa nak makan nasi ambang pulak.

    ReplyDelete
  10. bahhahahhahaa...rupanyaa ade yer kisah kesinambungan nasi ambeng tak cukup sifat tuuu.hahhahha... mak ana ni memang bertimbun nasi nya .. kus semangat nak habiskan ..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!