CHA BANG ANG YANG SANGAT SEDAP BERKARAMEL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum...

TERJEBAK jugak dengan dessert viral Thailand, Cha Bang Ang ini ketika berbuka pada 3 Ramadhan lepas. Kebetulan cincau dan biji selasih memang ada stok, begitu juga air gula melaka ready made yang Sk beli di Melaka, lama sudah. Tengok bahan lain pun cuma susu pekat, susu cair dan susu penuh krim.. tapi semua susu habis kecuali full cream, jadi nak sangat punya pasal, balik kerja singgah kedai, hihi.

Selalunya, kalau nak buat minuman, Sk akan sagat cincau, tapi Cha Bang Ang ni, cincaunya harus dipotong dadu anggaran 1.5 cm. Biji selasih tu rendam air biasa bagi kembang. Sk cuma follow ig Khairulaming dan agak-agak jer sukatan sebab dah biasa buat air kan. Buatnya satu jug besar terus, boleh minum puas-puas sampai membawa ke sahur, hihi. Rasa dia macam Sago Gula Melaka pun ado, hehehe.


Resepi Cha Bang Ang

Bancuh semua bahan dalam jug :

Air Gula Merah
Air Gula Putih (Sk tambah sebab gula merah tak banyak)
Cincau dipotong dadu
Biji selasih direndam kembang
1/2 Tin susu cair
2 sudu susu pekat
500ml susu full cream
Ais secukupnya

Kacau sebati sebelum dihidangkan.. dia punya lemakkkkk berkaramel tu
😍😍😍




Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. UIs,tengok time ni tengah panas lit-lit SK oi.....membuat puasaku kurus...hihihi

    ReplyDelete
  2. Lemak berkrim disukai ramai nampaknya ni :)

    ReplyDelete
  3. maakkkk aii mmg pebret ni!!!
    adoiii... ada yg nak g cari ni kang...

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaaa...dugan orang demam tengok ni ha....

    ReplyDelete
  5. Bolehlah SK selalu buat cha bang ang kalo kata sedap!

    ReplyDelete
  6. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!