Assalamualaikum wbt
MASA beli makan tengahari tadi, nampak Kak Ngah, pembantu Kak Sab, sedang menyenduk kuah kari masuk dalam plastik. Kak Ngah beritahu, Kak Sab ada tempahan roti jala untuk minum petang. Sk bertanya, jika ada lebih, Sk nak beli. Kak Ngah jawab, ada. Pukul 3 dah siap. Sk telefon dulu sebelum ke kantin, ada sekotak, kata Kak Sab. Sampai kantin, tengok Kak Sab dan pembantu yang lain pulak sedang potong pisang dan nangka masak kecil-kecil. Tunggu jap, kata Kak Sab. Tengok ada butir-butir tepung warna hijau dan kuning bersama air sedang mendidih dalam periuk saiz sepemeluk.
Kak Sab tuang santan kotak jenama Kara ke dalam periuk. Tahulah Sk, Kak Sab nak buat pengat. Sk terus capai senduk yang memang ada dalam periuk, tolong kacau santan supaya tidak berketul. Sayang tak bawa handphone, kalau tak, boleh ambil gambar.
Kak Sab tuang gula dari peket masuk periuk. Kemudian masukkan pula garam hujung senduk. Sk masih jadi tukang kacau tiba-tiba. Kemudian Kak Sab masukkan pisang dan nangka masak yang dipotong tadi. Sk kacau-kacau sekejap, kemudian Kak Sab tutup api dan ambil bekas bulat saiz sederhana masukkan pengat. Kemudian dia masukkan bekas berisi pengat sekali dalam plastik yang ada roti jala. Nahhh.. tak payah bayar, kata Kak Sab.
Kit ingat kan...ada letak nangka ke..takde kan? hahahahahaha
ReplyDeleteAda... Ni mesti tak baca betul2 ni, potong markah, hahaha
DeleteMesti semerbak ni pengat pisang nangka dll.
ReplyDeleteEh, nak juga tengok cemana rupa orang yang pandai buat pura-pura malu tu hihihiiiii.
Malu tapi mahu 😆ðŸ¤
DeleteBaru betul butir nangka sebab ada nangka...selalu dok beli atau buat tak terfikir nak letak nangka...mesti harum dan sedap ni...
ReplyDeleteSaya suka pengat letak tepung pulut ni, kenyal-kenyal hehe
ReplyDelete