MAKAN DI KANNA CURRY HOUSE PJ

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

LAYANKAN saja la bila Pak Inche kata, nak makan Nasi Daun Pisang masa raya ketiga ketika kami berada di PJ. Malam tu, Kak Roz dan Kak Shida ajak makan kat rumah Kak Shida di Damansara.. alaaa.. nama jer Damansara, PJ Hilton tu, belakang rumah Kak Shida aje, hahahaha. Jadi, siang tu acara bebas kami anak-beranak, Iman kata, lama tak jalan-jalan sama-sama. Apa-apa, kita layankan babahnya dulu, la.. karang, merajuk pulak jika tak dijaga perutnya, hahaha.

Kurang staf katanya, tapi.. tak sempat panas punggung pun, sebaik sahaja kami duduk, terus pelayan datang seorang demi seorang. Ada yang bentang daun pisang, ada yang senduk nasi, ada yang sendukkan sayur dan ada yang datang tatang dulang lauk untuk dipilih.


Laju giler servis di Kanna Curry House ni.

Sekelip mata semua ni terhidang di depan mata, hahahaha. Tak sempat nak tarik nafas kita dibuatnya. Dalam tiga piring kecil tu ada Ayam Peratal, Kari Kambing dan Telur Rebus. 



Lepas dah siap hidangkan semua lauk, dorang letak baldi kuah tiga jenis atas meja kita, haaa, tuanglah kuah kalau suka banjir ke, suka sikit ke.


Burppp... habis dah makan.. Alhamdulillah.. tercapai hajat Pak Inche nak makan Nasi Daun Pisang @ KL.


Makanan dan Minuman di Restoran Ini Sesuai Untuk Semua Lapisan Masyarakat.


Sk dan tagline 'Eat Clean'.


Puas hati makan kat sini berbanding makan di Bala Banana's Leaf atau Banana's Bro. Ashoka Curry House pun kalah.. tapi memang patutlah kan.. dia punya harga, kayangan ko! 

Kanna Curry House
29, Jalan 17/45, Seksyen 17, 
46400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Perniagaan : Setiap hari 7 pagi hingga 9 malam
 
No Telefon: 03-7958 4814

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nangis tengok harga kuah kambing tu hahaha mahal kalau sedap, takde lah rasa gigil nak hulur duit tu

    ReplyDelete
  2. perghh....puashati macam ni...depa kata nak lipat daun pisang lepas makan pun ada seni..

    ReplyDelete
  3. Wah... boleh tahan harga dia. Besornya ayam goreng. Nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. Saya setuju kosep eat clean🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!