ASAM PEDAS IKAN MERAH VS SOTONG SAMBAL THAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT

MINGGU ini nampaknya terpaksalah merajinkan diri memasak. Ahad lepas, Pak Inche ke Pendas beli ikan dua macam dan sotong. Entah apa mimpi, dia minta ikan merah masak asam pedas, selalunya masak kari. Sk memang tak tengok la, dengar apa dia cakap aje. Ikan merah seekor, dah siap siang dan potong, dia simpan dalam dua bekas berasingan. Sk minta Iman rendam pukul 4, balik tu, tengok ada sebelah bahagian kepala dan dua bahagian isi. 


Pak Inche suruh Iman rendamkan sekali sotong yang dah lama beli. Iman kata, sotongnya dah kering dah sampai keliru, sotong kering ke apa 🤭. Lama sangat simpan ni, silap haribulan beli dari tahun lepas. Yang sotong ni, Sk cakap awal-awal, Sk tak masuk campur. Sk masak asam pedas jer. Dahlah cili kisar habis, jadi kalau nak masak sotong, sila masak sendiri, hehehe. 


Ambil satu bahagian isi ikan, perap garam dan kunyit untuk digoreng. Ikan goreng wajib ada.


Asam Pedas Ikan Merah, masak dua keping aje. Sekeping bahagian kepala yang telah dibelah dua dan sekeping lagi bahagian isi. Bahagian isi tu, Pak Inche dan Iman makan seorang separuh, Sk makan bahagian kepala. Dulu-dulu sebelum kahwin, Sk tak makan kepala ikan, sekarang terpaksalah makan, kalau tidak, siapa pulak nak membedalnya, kannnn.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap tu asam pedas kepala ikan. Mesti bertambah makan.

    ReplyDelete
  2. Lama tak masak sotong, harini nak keluarkan sotong laaa.. kita kepala buat ratah Kak, kalau tak memang tersadai dlm periuk hujuhu

    ReplyDelete
  3. Eh eh...kita kan ada beli sotong 5 ekor untuk bawak bekal last week..baru ingat blom masak lagi...

    ReplyDelete
  4. akak macam mana masak sotong tak kecut?nampak elok besar

    ReplyDelete
  5. Hahaha..mujur masih nampak rupa sotong lagi. Kalau tukar rupa lain nayaaa...Terliur pulak kita tengok lauk asam pedas tu. Lama tak beli. Nak masak tak berapa nak pandai. Hehe...

    ReplyDelete
  6. Kalau wak memang rebut kepalalah
    Isi2 tak main

    ReplyDelete
  7. kalau ammi bahagian pelik2 mmg husband jelah yg makan. ammi tolong masak boleh, suruh makan jangan

    ReplyDelete
  8. Kalau kepala ikan memang saya tak bisa makan sampai skr kak 😅. Tapi suami suka sangaaat. Jadi kalo beli begini, saya kuah saja, atau bagian badan kalo ada. Kepala tak mungkin saya sentuh 🤭😂.

    Tapi kalo lihat suami memakan habis kepala, sampai mata ikan, Amazed lah 🤣. Macam sedap sangat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!