SARAPAN LONTONG KERING KAMBING BAKAR DI DAPO TOKMA

Seri Kandi Tanah Jauhar
14

Assalamualaikum WBT 


MACAM lama giler tak datang sarapan di Dapo Tokma ni. Sebabnya, satu.. Sk tak sarapan berat pada hari bekerja. Dua.. Dapo Tokma ni laluan ke pejabat, jadi rasa macam membazir minyak dah sampai pejabat kemudian patah balik ke sini, hahaha.


Ada notis kenaikan harga bagi semua menu di Dapo Tokma mulai 13 September tahun lepas. Haaa.. punyalah lama tak datang tu, baru tahu tentang ni tapi memang dah dijangka pun sebenarnya.





Sk tepeklah senarai harga baharu di sini. Boleh bandingkan dengan harga lama masa pertama kali Sk ke sini ,tahun 2022 DI SINI. Kali terakhir Sk datang sini dengan ibu dan Cik Ani, tak ambil gambar menu tapi Sk ada catatkan harga Nasi Lemak Kambing Bakar RM15

Mungkin itu antara faktor tak ramai pelanggan hari ni macam sebelum-sebelum ni. Ialah, bulan pun tengah gelap kan sekarang. Sk ni pun mujurlah hari-hari lain tu jimat tak bersarapan, jadi, bila sesekali nak sarapan macam orang kayangan tu, ado la sikit 🤭.


Iman dah aim nak makan NLKB tapi dah sampai dia kata tetiba rasa nak makan Lontong (Basah) pulak. Sk cakap, betul-betul, nanti teringat-ingat. Iman kata, kan kambing ada jual lain. Memanglah, tapi feel dia lain ya. Haaa.. sudahnya Iman makan jugaklah NLKM, memang tepat sekali pilihannya!


Pilihan TTK kali ni, Lontong Kering.. sedapppp lagi-lagi kambingnya pun lembut dan terasa rempah perapannya. Lepas tu ambil Pulut Serunding dan Kuih Peria, tapau bawa balik pejabat. Iman nak pakai kereta sampai esok, jadi belilah makanan siap-siap agar tidak kelaparan. Padahal kantin asrama belakang pejabat aje, nak order grab pun boleh dong!


Tapi, kan.. walaupun harga naik, kambingnya macam lagi banyak. 


Sungguhhhh.. sampai tak habis ya kambingnya. Tak pernah la Sk dan Iman tak habis makan kambing kat Dapo Tokma ni. Bolehlah makan Pulut Serunding dengan Kambing Bakar waktu tengahari nanti pulak.


Nak balik tu, datang pulak si comel ni. Masih budak lagi. Adoiii.. kiutnya awakkkk!! Nanti saya datang lagi yek!

Post a Comment

14Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. macam mana lah akak boleh jumpa aje tempat makan best best nih?

    ReplyDelete
  2. kat kuantan dah ada yang jual lontong kering..sedapnyeee..kita orang pahang baru kenal dah jatuh hati

    ReplyDelete
  3. Semenjak dua menjak ni mmg dok teringin nak makan lontong kering tau ... Tp itu la tak tau nak cari kat mana haha...

    ReplyDelete
  4. Meriah breakfast. Nampak menarik makanan yang diorder tu.

    ReplyDelete
  5. biasanya nama tokma ni makanannya sedap...

    ReplyDelete
  6. Banyak kali tengok LONTONG kering tapi tak pernah makan. Nampak sedap semua tu yumm yumm

    ReplyDelete
  7. Menggoda betul la...alaaa..SA x kisah bab harga makanan kalau betul sedap dan berbaloi...kita kena fikir jugak kos bahan mentah mahal dah sekarang kan

    ReplyDelete
  8. Menu menu dia semua menarik. Kegemaran bangsa Johor. Kira okay jugak tu naik harga dengan porsi lagi banyak. Si comel tu memang ada dimana mana kedai makan. Tak Oyen, belang. Tak belang, putih. Hihi...

    ReplyDelete
  9. Wow..RM16.90 dah boleh dapat Nasi Ambeng Kambing Bakar...menariks...

    Aduh enaknya menu menu yang ditawarin...bikin tertelan air liurnya

    ReplyDelete
  10. Waktu kakak posting lontong kering di IG, saya dah tertariiiik sangat. Penasaran pula rasanya. Tak pernah coba lontong tanpa kuah. Langsung catat, kalo ke JB pasti saya cari 😄👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!