Assalamualaikum WBT
SERBA-SALAH pulak la nak letak tajuk.. mengopi atau makan? Hehehe.
Kali ni, Sk nak bawa pembaca ke Restoran Kopi 4x4 yang terletak di Kayu Ara Pasong, Pontian. Jarak perjalanan dari rumah Sk lebih kurang 45 minit. Sebagai bekas penduduk Pontian, Sk sedia maklum kedudukan Kayu Ara Pasong ni tapi Pak Inche tu memang degil ya, nak sangat pergi mengopi jauh-jauh.
Waze yang membawa kami seolah-olah pulak hilang haluan. Mujurlah nampak papan tanda arah Kopi 4x4 yang dipasang di simpang jalan kecil yang agak terperosok. Maklumlah, malam, pandangan menjadi terhad. Sebaik sahaja sampai, terus terpukau melihat binaan bangunan dan pondok-pondok kayu yang dibina dalam kawasan kopitiam dengan konsep terbuka ni.
Walaupun terletak di pinggir bandar Pontian, namun sekejap-sekejap ada pelanggan sampai. Boleh pilih nak duduk di meja yang diletakkan di halaman cafe atau bersila di pondok kayu sekitar cafe.
Tujuan utama ke sini tentulah nak mengopi. Nampak paparan iklan digital Kedai Kopi 4x4 ni masa balik dari Kopitiam Kampung tuari.
Ada set kopitiam macam ni. Pesanan dibuat secara manual, menu dan kertas pesanan dihantar ke meja dan serahkan kepada staf. Makanan akan dihantar ke meja.
Sk minum Sky Juice jer la. Dua beranak tu jer pesan Ice Latte dan Caramel Machiatto. Roti John favourite Tuan Tanah Kedaung, makan kongsi-kongsi.
Pak Inche pesan Set Kopitiam 1 dan Mushroom Soup.
Mushroom Soup Homemade datang bersama 4 keping garlic bread, sedap.
Iman pesan Nasi Lemak Kambing Bakar, RM18.90. Mak ayahnya pulak dah bosan asyik makan nasi lemak jer kalau pergi kedai sebab tak banyak menu. Menu goreng panas pun tak ada.
Tak terfikir pulak nak pesan Sup Gearbox ni 😂.
Menu nasi lemak kot yang paling senang nak sediakan 🤭.
Ada jer menu western tapi Pak Inche tu yang cerewet! Hahahahaha.
nasi lemak ada lauk kambing bakar...wow...
ReplyDeleteKonsep dia menarik..kalau diorang letak lebih banyak lampu maybe lagi menarik..golap bonar la...
ReplyDeleteTernampak mushroom soup tu. Sedapnya....
ReplyDeleteKemain jauh Pak Inche' ajak mengopi. Nanti boleh usul ke Segamat pulak kan. Menarik kedai Kopinya. Suka vibes macam ni. Biasa kedai macam ni, begitu je lah menu makanan dia. Ringkas² je. Nasi lemak je lah yang macam berat dan kenyang sikit.
ReplyDeleteWah...sedap sedap belaka...tapi makan sambil minum sky juice lagi nikmat kan
ReplyDeleteCuma kita terbiasa bila makan luar nak order air manis kan
Bestnya kedai gini Cie memang suka 👍
ReplyDeleteJauhnya mengopi
ReplyDeleteIssssh saya pasti pesan gearbox lah 😂🤭. Apalagi kalau sumsum dia banyak kan 😄👍.
ReplyDeletePak inche ini macam suami saya, suka mencoba tempat2 makan baru walopun jauh 😄. Saya jadi Keikut suka , apalagi kalo rasanya memang sedap. Tak apalah jauh kan 🤭