SARAPAN DI KAFE KOPI N INSPIRASI

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

Assalamualaikum WBT 



CUTI sekolah + Cuti Semester (U) + Cuti Tahun Baru Cina = JJCM. Destinasi kami kali ini adalah Pantai Timur. Lepas ambil Iman di kolej, kami terus menuju ke Kota Tinggi bagi mencari alas perut. Sk gunakan aplikasi waze dengan memasukkan kata kunci kopitiam, jumpa Okid Kopitiam tapi tutup. Nampak pulak kafe ni, terus singgah!


Pelbagai menu alas perut, sama ada nak alas selapis, dua lapis atau berlapis-lapis 😂. Tepuk dada tanya selera gituhhh!


Pencinta kopi mesti suka.


Latte untuk Iman dan Teh Tarik untuk Pak Inche.


Roti Bakar Konspirasi untuk Pak Inche. Iman pilih Nasi Lemak Konspirasi Telur Mata. Nasi Lemak sedap! Tapi tu la.. tataw pulak konspirasi apa yang dimaksudkan.. hihi. Mungkin singkatan dari KOpi N inSPIRASI.


Lempeng Mini Sambal Tumis dan Kopi O Panas untuk Tuan Tanah Kedaung. Lempeng tu kan, ada bahagian yang garing, ada yang cair-cair tapi tak mentah. Sedap betol di tekak Sk! Sambal tumis pun sedap 😋.


Roti Bakar Konspirasi (Roti Bakar yang dihidang dengan telur separuh masak dan Kari Ayam Istimewa). Mula ingatkan telur separuh masak tu asing rupanya dia pecah atas roti terus ala-ala Roti Telur Goyang. Mantap ya menu ni!


Selain sarapan pagi, kafe ini juga menjual makanan tengahari dan dibuka sehingga ke petang.


Aisehmannnn.. kalau dekat, mahu Sk datang tiap-tiap hari, hihi.

Kafe Kopi N Inspirasi
35, Jalan Tambatan, 
Kampung Makam, 
81900 Kota Tinggi, Johor

Buka setiap hari kecuali Isnin
7 pagi hingga 7 malam

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. jauh nya dia sarapan tu kak hehehe... lama x jejak kota..

    ReplyDelete
  2. Khilfi kepantangan dia bila nampak dalam menu ada set yg jual telur goyang ni...memang mengelintin nak order

    ReplyDelete
  3. Menu seperti inilah yg paling saya suka 🤤🤤😍. Tapi dari semuanya, paling tak pernah coba lempeng dan sambal. Makanya nanti kalo ke Malaysia, nak cari lempeng 😄. Dari deskripsi kak SK, yakin sedap 🤤

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!