TAHAJJUD CINTA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT


SYUKUR, Alhamdulillah, awal Januari lepas Sk terima Hadiah Khas Pengurus atas usaha menaiktaraf pengurusan asrama. Maaf, lambat cerita sebab hari ni baru buka hadiahnya 🤭. Dia macam ni, pagi dapat Hadiah Khas Pengurus, balik kerja tu dapat parcel hadiah Top Commentators 2023 Blog Kait dan Lari. Dua kali kegembiraan la pada hari tersebut 😍😍.


Tengok kotak dah tahu apa isinya, tentu sepersalinan telekung baharu. Ada dua sebab Sk lambat buka, pertama sayang betul nak buka riben yang membalut kotak. Kedua, Sk baru beli telekung juga. Jadi, kita simpan dulu la kotak berisi telekung ni untuk persiapan Ramadhan.


Hari ni buka sebab nak tunjuk pada Iman. Iman baru minggu ni balik rumah selepas dua bulan tak balik dari selepas cuti krismas. Buka jer terus suka dengan telekung ni, dahlah putih, kan. 


Kita cuba sarung, haaaa.. suka.. muat dan sangat selesa. Orang muka lebar macam Sk ni kalau beli telekung memang sepatutnya kena cuba sarung di kepala kalau tak, bak kata Noreen Influencer tu, dah macam nak keluar dari rahim 🤣. Dua tiga helai telekung Sk, terpaksa Sk tetas atau potong bahagian dagu sebab punyalah ketat. Setakat ni, telekung beli dari Indonesia jer yang potongan kepalanya tak perlu nak ditetas, tapi yang beli online mesti kecik, ke.. muka Sk yang terlebih lebauuuu???! 
🤭

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Waaa... cantik. nampak kemas sgt. Jenis kain cotton ke Tahajjud Cinta ni? SS pun duk usha2 telekung baru jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cotton, dia macam lycra sikit tapi jenis tebal yg tak melekat di badan.

      Delete
  2. SA oun prefer telekung warna putih..nampak suci bersih je kan..SA pun ada beberapa yg berwarna...tp lebih suka warna putih..kadang adik2 balik tanya eh cantik telekong ko long..pinjam boleh..pinjam pakai boleh..pinjam bawak balik x bole...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. betullah adik SA tu. Kita ni kalau berkenan dgn telekung org rasa nak beli preloved dia punya tu

      Delete
  3. Tahniah kerana mendapat penghargaan khas..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Dapat hadiah yg berharga dan sesuai dipakai sempena Ramadhan nanti.
    p.s. Ttg masalah nak taip komen di blog abam kie mungkin sbb beberapa browser x support Google log in. Abe Kie guna Opera baru OK rasanya. Cubalah. Segala kesulitan amatlah dikesali.

    ReplyDelete
  5. wah..kita satu team lah SK..jaga asrama...hihihi...suka jugak telekung kaler putih, tapinya kita nie jenis comot sikit...tak perasan, taw2 dah kotor...

    ReplyDelete
  6. cantik telekongnya.. Alhamdulillah.. rezeki..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..Tahniah atas pencapaian tersebut. Seronoknya dapat 2 kotak kegembiraan dalam masa sehari. Cantik telekungnya pun, suka tengok hiasan pada bahagian muka tu.

    Teringat pulak yang Norreen review telekung dan tudung tu. Tumpang kesian dan simpati dengan yang seangkatan dengannya. Memang kena test dulu sebelum beli gitu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!