MAKAN DI RESTORAN YX - 1 - 2024

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, tanya Pak Inche, dah makan nasi ke? Belum, jawabnya. Makan Mee Rebus di Zainal's Place, jadi maknanya malam kena makan nasi. Nak masak ke nak YX? Saja pancing 🤭.


Ini kali pertama ke YX dalam tahun 2024. Tu pun dah masuk Februari kan, semalam. Buku menu pun dah baru. Seronok belek depan ke belakang tengok pelbagai jenis masakan untuk dipilih. Tapi, kami ambil menu yang biasa diambil saja.


Udang Harimau Masak Soya Sauce Special. Bagi masakan udang cara ni, kita dapat harga RM3/ekor dengan pesanan minima 5 ekor udang. Kalau masakan lain tak dapat la harga ni. Semalam kulit udangnya lekat sikit.


Kailan Ikan Masin. Tak sabar nampaknya Pak Inche nak makan.


Sk tak makan nasi tapi empat biji mantao ni selamat masuk perut 😂.


Chicken Lemon kegemaran Iman dan Pak Inche.


Siakap Stim Hong Kong. Ni kalau Iman tak ada bolehlah pesan masakan kegemaran Pak Inche ni. Kalau ada Iman, kita pesan Siakap Tiga Rasa atau Siakap Stim Nyonya. Sk pulak sejenis redho 🤗. 


Jom kita belek buku menu baru.











Nak ke sini, waze aje Restoran YX
pasti sampai!

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Meriah menu2nya. Banyak yang pelik2 juga tu.

    ReplyDelete
  2. La, PH ingat telur rebus mantao tu haha...
    Dia punya mulus tu, perfect!

    ReplyDelete
  3. sedap sungguh udang tu.. nanti suruh pokmat belikan udang lah :D

    ReplyDelete
  4. Sampai hati SK makan mantuo sendiri. Suruhlah mambang terbangkan dua tiga biji ke LD.

    ReplyDelete
  5. Kalau makan mantao akan ingat cikgu Amie...
    Eh,ploles betul matoa tu...Kalau saya goreng warna tak sekata

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!