MAKAN MEE BANDUNG DI PALING MUO CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

HARI ini Sk ambil Cuti Kecemasan. Awal malam tadi, kami diberitahu doktor akan lakukan pembedahan buang batu karang yang dikatakan berada di dalam salur hempedu ibu. Ada dua option, doktor kembangkan saluran supaya batu hempedu tu bergerak sendiri ke bahagian perkumuhan. Risikonya batu mungkin akan memecahkan saluran dan jika ini berlaku, pembedahan perlu dilakukan segera. Petang ni, doktor akan periksa lagi kedudukan batu tersebut. 

MASA PKP dulu, semasa tidak dibenarkan dine-in di kedai, Sk pernah tapau Mee Bandung dari Kafe Paling Muo yang baharu dibuka (masa tu) di Taman Pulai Makmur, berhampiran dengan taman perumahan Sk tinggal.


Lepas tu, memang tak ada dah menapau, makan lagilah tidak. 


Tapi, hari tu rasa malas nak keluar makan jauh-jauh, kami ke sini laa, teringin nak makan Mee Bandung.


Iman pernah datang sini dengan kawan-kawan makan Asam Pedas Tetel, sedap katanya.


Selain AP Tetel, ada juga AP Ikan Kembung dan Ikan Pari.


Set untuk kanak-kanak pun ada yang dihidang dalam pinggan bentuk helikopter.


Iman makan AP Tetel. Sedap, pekat kuah asam pedasnya. Set ni datang bersama telur dadar dan ulam pegaga. Jangan tanya sambal belacan sebab bukanlah kebiasaan orang Johor makan asam pedas dengan sambal belacan.


Mee Bandung Daging pilihan Pak Inche. Sk lebih suka Mee Bandung Kosong. 


Sedap kuah mee bandungnya dan ianya memang betul dimasak sekali dalam kuali. Sebab kadang jumpa, ada kedai yang curahkan jer kuah mee bandung atas mee kuning yang telah siap dicelur dan diletak siap dalam pinggan.


Pembaca jika nak datang ke sini, bolehlah rujuk alamatnya di atas ya. Nak tanya apa-apa, nak tempah katering, boleh telefon nombor yang tertera.

Wassalam.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Semoga diberi kesembuhan buat bonda SK 🤲
    Nampak menyelerakan sungguh Mee Bandung tu...

    ReplyDelete
  2. Semoga ibu kuat dan Allah berikan kesembuhan serta permudah segala urusan. Aamiin...

    Kiranya terpaling Muo lah ni. Dua dua makanan favourite ni. Memang nampak pekat kuah asam pedas tu.

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan semua makanan :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!