MAKAN DI RESTORAN SAYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT

PUNYALAH tak puas hati makan di Rumah Makan D'Kota Seafood tuari, Pak Inche ajak makan di Restoran Sayam, Stulang Laut. Pak Inche dah beralih arah ya, tatawlah kena mandrem ke apo, dia macam tak nak setiap kali diajak makan ke Restoran Senoko atau Restoran Ainoni. Senoko tu dia kata, tomyam dah tak sedap rasa pes. Ainoni tu pulak, tempat makan tak best sebab mereka dah tak letak meja kat tepi jalan macam sebelum ni tapi di kaki lima restoran.


Antara yang dipesan kali ni.. ah.. samalah kalau pergi mana-mana restoran tomyam pun. Bukan main lagi belek buku resepi tapi menu yang sama jugak diambil..

Kerabu Mangga
Tomyam Campur
Sotong Sambal
Sotong Goreng Tepung
Telur Dadar



Baby Kailan goreng Sos Tiram 
Ikan Siakap Tiga Rasa

Semuanya sedap tambah lagi tengah lapar dan bukan kita yang masak, kan. Kalau kita masak, serta-merta badan jadi penat dan makan pun tak selera (tipu) 😂.


Siakap Tiga Rasa RM45
Tomyam Campur RM10
Baby Kailan RM7
Nasi 3's RM6
Sotong Goreng Tepung RM6
Sotong Sambal RM9
Telur Dadar RM2
Kerabu Mangga RM9
Minuman RM13

Jumlah RM110
Cashier pulang RM1

Kitorang perasan kat sini, kalau jumlah bayaran genap, mereka akan pulang RM1. Kalau ada sen, dia tak caj. Gituhhhhh!

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. rasa macam lama plak x makan kat luar.tengok entry ni terus teringin..tiber ingat kat laki kita..ehhh..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Kalau ada sen sen tak kira, tu biasa jugak.
    Tapi kalau genap, dipulangkan RM1, itu luar kebiasaan.
    Mungkin pemilik nak pelanggan rasa happy dapat diskaun. Strategi yang bagus.

    ReplyDelete
  3. tertelan2 ayaqliur tengok menu..tengah puasa ni tengok apa pun semua nampak sedap

    ReplyDelete
  4. sama macam kami, jenuh belek buku resepi.. alih2 order sama juga.. tomyam, telur dadar, kailam ikan masin atau kangkung goreng..

    ReplyDelete
  5. Hahaha! Betul.. time belek menu kemain lagi... Bila oder mesti yg sama! hahaha

    ReplyDelete
  6. sedap nya...kecur ailio dah ni..

    ReplyDelete
  7. Sama Suami Lin suka makan Sayam ni. Tapi kelakarnya, tiap kali makan, lupa nak amik gambar hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Dah bertukar seleralah tu agaknya. Kadang bosan juga makan ditempat yang sama. Lepas ni tak popular lah senoko dalam blog. Atau mungkin juga kadang bertukar tukar masak. Selalu macam tu juga. Kita punyalah setia, sekali beli tak sedap memang tak membeli dah.

    Iyee..membelek tetap membelek tapi tetap pesan yang sama.

    ReplyDelete
  9. Oh,unik caranya..agaknya depa nak bayaran ganjil kot...Saya teringat masa kenduri Adah tahun lepas ada beberapa sampul duit mwngandungi RM51 dan RM53..

    ReplyDelete
  10. Masih mencatat manual yaa 😅. Saya salut dengan restoran yg tak kecil sangat, tapi pencatatan masih manual seperti itu. Kuatir banyak disalahgunakan perhitungannya.

    Kuliner Thai memang jarang lah failed. Seringnya saya selalu puas makan di resto Thailand. Tapi memang kalo tomyum paste tak lagi sedap, masalah tuh 🤭😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!