Assalamualaikum WBT
KISAH makan dua hari sebelum JJCM Kuantan. Macam tu la bila nak berjalan jauh, Sk tutup dapur awal-awal ðŸ¤. Dah habis fikir dah nak makan kat mana, lalu Sk mengajak Pak Inche ke Restoran Seafood Remaja di Bandar Baru Uda. Sebelum ni Sk ada cerita kami tiga beranak bersarapan di Kedai Kopi Remaja, milik Restoran Seafood Remaja ni juga.
Restoran Seafood Remaja ni wujud sejak Sk sekolah lagi tau. Masa tu perniagaan mereka dijalankan di Taman Kobena yang sekarang ini merupakan bangunan Sekolah Sri Johor Bahru.
Sk sebenarnya rindu nasi goreng dia.
Rasanya dulu-dulu tak ada menu western. Berpuluh tahun dah Sk tak makan di RRS ni.
Ada menu Asam Pedas Claypot dan Curry Claypot juga.
Pelbagai masakan panas mee, mihun dan kuey teow.
Nasi Goreng Seafood untuk Sk dan Beef Kueyteow untuk Pak Inche. Nasi goreng tu sedap sebiji macam masa Sk makan zaman remaja dulu, Abang Long belanja.
Tapi, bila Sk makan udangnya, aisehmannn.. busuk. Patut masa dihidang tu ada satu macam bau tapi mujur tak serap dengan rasa nasi goreng tu. Lek lek makan nasi goreng sedap, sekali udangnya dah tak elok. Masa bayar, beritahu dengan cashier agar tak kena dengan pelanggan lain pula.
Ni hari sebelumnya, makan Mee Goreng Wok Hei di
Restoran Al-Anisah Masakan Panas China Muslim. Mee ni adalah campuran mee kuning dan kueyteow, tak ada dalam menu ya, kena beritahu dia, nak mee campur kuey teow goreng wok hei. Wok hei tu goreng kering-kering dan kita boleh rasa hangit kuali tu yang buat sedap. Tahu menu ni sebab chef dia yang bagi cadangan sebelum ni jadi kalau datang sini mati kutu nak makan apa, memang selalu pesan mee wok hei ni. Pak Inche tu kali ni makan Cantonese Kuey Teow atau dalam menu ditulis KT Hong Kong.
😋😋😋
Premium buku menunya.
ReplyDeleteAduh! mesti tukang masak nak cepat tu tak sedar udang dah tak elok lagi untuk dihidangkan
Itulah, sy pulak jenis yg makan udang last, jadi tak tahu dari awal udangnya dah busuk, hihi.
Delete