AYAM UNGKEP

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


ADA lagi sehari nak menghabiskan bulan Februari tahun 2024. Setakat 28hb ni, belum tercipta rekod datang lewat, agaknya sebab cuti sekolah. Ada 10 hari lagi lebih kurang, lepas tu rasakanlah sesaknya jalanraya macam mana, huhuhu. Bulan lepas, tiga kali Sk datang lewat sampai kena buat Surat Tunjuk Sebab 😌.


Kari Ikan Kembung yang Sk masak hari ahad, dah tinggal kuah, tomato dan bendi sahaja, ikannya dah wassalam. Sekor jer pun kan ikannya. Pak Inche minta tambahkan ayam goreng. Terlanjur dah merendam ayam sebekas (defrost), Sk fikir takkan nak goreng semua. Sebekas tu setengah ekor, ada empat potong. Sk kecikkan potongannya.


Iman datang dapur, tanya.. nak goreng semua ke ayam tu? Sk tanya, kot la dia ada cadangan masak apa. Asam pedas? Dah hampir setiap hari Sk bungkus bawa balik, beli dari kantin Kak Sab. Ayam Panggang Kuali pun dah masak hari tu. Ayam Ungkep, kata Iman. Hahahaha.. bertahun eh dia minta masakkan Ayam Ungkep tapi Sk bagi alasan tak cukup bahan 😂.



Alhamdulillah, dah cukup bahan nak masak Ayam Ungkep. Bahan apa yang tak cukup selama ni? Itu semua alasan.. kwang kwang kwangggg! Sk google resipi Ayam Ungkep dan jumpa resipi perkongsian dari Che Nom. Sejujurnya, ini kali pertama Sk memasak menggunakan resipi Che Nom. Bagi yang nak mencuba, Sk kongsikan bahan-bahan dan caranya di bawah..




Laahhhh.. senang sangat rupanya masak Ayam Ungkep ni 🤭🤭🤭.
Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Alasan tak cukup bahan tu sangat berguna kalau tengah M. hihi..tak pasal pasal Iman kena tunggu setahun baru dapat ayam ungkep. Harap pasni tak merah lagi lah dan trafik lancar.

    Tak pernah lagi masak ayam ungkep sebab banyak bahan sikit. Masak goreng berlada kunyit ala ungkep pun boleh. hihi...

    ReplyDelete
  2. saya baru sekali belajar masak ungkep guna resepi Dana..sedap juga rasa rempah2 ungkep tu

    ReplyDelete
  3. Menu ayam ungkep kegemaran Suami Lin Kak, pantang jumpa ayam tua, mesti srh masak ungkep, pun Lin guna resepi CheNom cuma derhaka sikit² jer hehehehe

    ReplyDelete
  4. adik ipar pernah masak...suka2, light sikit drp rendang..

    ReplyDelete
  5. tk pernah try lg ayam ungkep...arini entry kita ada cite resepi che nom juga

    ReplyDelete
  6. Alamak, semua bahan adalah, nak kena masak ungkep jugak ke camna ni ? Haha

    ReplyDelete
  7. Sedapnya ungkep tapi selalu lupa nak masak ni kalau beli ayam.Dah terbiasa masak kari & berlado ja🤭ungkep ni pekena dengan ketupat palas ngam ni

    ReplyDelete
  8. ofis SK lewat berapa minit dah boleh diminta surat tunjuk sebab?
    ofis2 lama ammi dulu...staff ada sampai pkl 10. lepas pkl 10 (3x berturut-turut) barulah kena buat show cause letter

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!