KARI DAGING

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT

KALAU Iman tak balik hujung minggu, memang Jumaat berkurung ajelah kat rumah. Bila dah satu hari duduk rumah, memang tak adalah alasan tak nak masak. Itupun, masak yang mudah-mudah sudah! 😂


Masak Kari Daging. Bonus sebab stok kentang ada walaupun dah bertunas-tunas. Pernah baca satu artikel ni tak pastilah fakta atau auta, kentang dah bertunas tak boleh dimakan. Ah, takkanlah nak dibuang pulak kan. Bertunas aje pun, bukannya busuk.

Rempah-ratusnya dalam kuali atas api dapur. Daging dihiris, rebus sekejap atas api kemudian bilas, baru dimasukkan ke dalam periuk noxxa bersama rempah yang ditumis dan kentang yang dibelah dua. Syok pulak lenyek kentang tu dengan nasi sebelum disuap ke mulut. 

Macam selalulah, kalau ada kari daging, lawannya dengan daging kicap. Tu untuk Pak Inche la. Sk makan kari daging aje, heheheh.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ni bukan namanya masak simple.. kari.. yumm yumm yumm :D.. sedapnye kalau dapat makan masakan ibu... masakan paling sedap di dunia..

    ReplyDelete
  2. kentang ada toksin semula jadi yang dipanggil solanine. klu concentration dia tinggi mmg bahaya kpd kita. biasanya concentration dia tinggi di bahagian kulit. elakkan beli potato yang kulit dia ada hijau2. kt tunas pun akan ada solanine tu klu kita dedahkan potato pada cahaya. tips penyimpanan potato, jgn simpan terdedah pada cahaya. simpan di tempat gelap. tp kita bukan makan kulit dan tunas dia pun kan. kulit tu kna peel off betul2 utk elakkan trmakan toksin dia. ingat2 lupa dah ilmu yg belajar dulu...hehe..kalau salah info ni mohon abaikan ya. t

    ReplyDelete
  3. Naah kalo kentang yg ada hijau2nya itu saya juga buang dulu, tak di makan. Tapi kalo sampai bertunas, belum pernah pula dapat 😊😅.

    Tak simple ini bagi saya kak 😅. Kalo masak kari, dah siap2lah bakal banyak bahannya hahahaha.

    ReplyDelete
  4. SA semalam masak kari ayam kampung...best kari daging..lagi best kalau ada lemak2 tetel sekali kan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!