MAKAN DI RESTORAN BOGABALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


FYP Restoran Bogabali ni, asyik lalu-lalang di TT. Teringat percutian di Bali dulu, macam tak ada harapan lagi nak ke sana dan dah tak ada hati pun, hihi. Jadi, jomlah kita ke restoran ala Bali sahaja yang terletak di Eco Galleria Iskandar Puteri. 


Masa sampai nampak ada dua grup dah menunggu giliran. Di dalam pun, ramai yang menunggu makanan. Dah sampai, kan.. malas pulak nak pergi ke tempat lain. Lagipun hati kuat nak makan kat sini, sabarlah menunggu giliran. Ada meja kosong di luar tapi negara Johor sekarang panas berbahang. Lagipun dah bayar mahal kenalah makan di ruang dalam yang cantik dan sejuk. Sambil menunggu, belek-belek buku menu.


Indonesian Food seperti Lontong Pecel Sayur, Gado-Gado Lontong, Nasi Ayam Betutu dan Nasi Daging Rendang Padang.


Jika tidak mahu makan nasi, ada pelbagai pilihan mee seperti bakso dan soto. Ada juga Gado-Gado Mee dan Sayur Pecel Mee.


Jimbaran Grilled Food ni betul-betul mengingatkan kenangan  makan di Pantai Kedonganan ketika bercuti di Bali.


Nasi Uduk .. pertama kali makan Nasi Uduk ketika bercuti di Medan. Nasi uduk ni macam nasi lemak, kiranya ni nasi lemak berlauk la kan.


Lama tak lama menunggu tu.. dalam 20 minit jugak, kami pun masuk dan diberikan buku menu. Walaubagaimanapun, pesanan dibuat melalui aplikasi yang perlu diimbas pada QR Code yang ditampal di atas meja.


Pesan Es Campur. Ada pilihan sama ada nak hidang awal atau selepas makan. Mujurlah kami pilih hidang awal sebab makanan lambat ya. Jadi, bolehlah suap-suap dulu Es Campur ni. Ada hirisan nangka, isi kelapa, biji selasih, cendol dan yang warna-warni tu rasa macam nata de coco. 


Sudu dia tu bentuk macam penyodok tanah, tak berkenan betul, hahaha.


Hampir 15 minit, pesanan Nasi Ayam Bakar untuk Pak Inche pun sampai. Sampingan hidangan ni ialah sup sayur masam, sekeping tempe dan tauhu goreng, sehelai salad, sehiris timun, sehiris tomato, sebiji telur dengan kuah kacang (mungkin kuah pecel atau gado-gado), chicken lawar (hirisan ayam dan sayuran), keropok udang dan keropok belinjau serta sambal belacan. Sambal belacan dia sedapppppppp giler! Tapi, biasalah, kalau hantu sambal macam Pak Inche tu manalah cukup sambal sepiring, nak minta extra risau pulak kena bayar (hahahaha, bayar extra sambal memang berkira oi). 

Sk cakap, babah puji-pujilah sikit sebelum minta sambal tu. Pak Inche cakap, jap kita minta dengan dia ni, dia ni baik. Ada staf perempuan tu, memang baik, eh, semua staf dia baik ya, cuma mereka tersangat sibuk sebab ramai pelanggan.

"Neng.. neng.. sambelnya enak bangettt," puji Pak Inche. Haaa.. ni mesti belajar dari Sk masa makan Nasi Lemak Aman Sari tu.

"Ya.. ya.. mahu lagi ya sambelnya?".. haaa... Nampakkk.. terus dia bagi sepiring lagi sambal 😋.


Selain Ayam (RM17.90), boleh pilih Ikan Siakap Bakar (RM28.90) atau Seafood Bakar (RM26.90).


Suka la bila tengok Pak Inche selera. Tahulah dia tu selalu mana naknya makan tak ada kari 🤣🤣.


Setelah lama bersabar, barulah sampai pesanan Sk iaitu Nasi Campur Bali dengan Rendang Daging (RM28.90). Pak Inche pun dah habis makan masa ni, takkan dia nak tunggu pulak kan, nanti sejuklah ayam bakar dia. Set ni mahal sikitlah sebab ada Sate Lilit dengan dua jenis sambal, chicken lawar dan sambal tempe goreng, sebiji telur rebus, salad serta keropok udang dan keropok belinjau. Rempah rendang sedap ala nasi padang, dagingnya betul-betul empuk. 


Sk cadangkan, anda tambah nasi extra dan kongsi hidangan ni sebab rendang dia memang cukup untuk dua orang makan. Sk ni terpaksa jer la habiskan, nak bawa balik risau basi pulak nanti. Pilihan lain bagi Nasi Campur Bali ni ialah Seafood Goreng (RM28.90), Ayam Goreng (RM19.90) dan Ikan Siakap Goreng (RM30.90).


Nampak tak rendang daging dia memang banyak ya sama banyak dengan nasi. Sate lilit mampu makan seketul jer, Pak Inche pun tak nak tolong dah kenyang sangat katanya. 


Kita bungkuslah yang seketul tu, yang kelakar, dengan serai-serai yang dah makan satenya tu Sk tapau sekali. Sayang oi, serainya tu cantik elok lagi, balik rumah, basuh, boleh masuk dalam sambal, hahahaha. 

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Terus terliur kita Kakk.. mmg suka makanan dia, Sayur Pecel dia pun sedap!!

    ReplyDelete
  2. mujurla pak inchee bijak mengambil ati, dpt sambal free ke memang free flow je sambal nya kak hhehehe... n ampak sedap2 semuanya walau harga sedikit kayangan

    ReplyDelete
  3. kalo kt kl ni mcm ole ole bali...suka sate lilit tu

    ReplyDelete
  4. okey next kita nak makan ngan suami kita kat sini la nanti...selalu refer tempat makan kat blog SK tapi masa kami pergi samada penuh atau tutup tempat yang kami pilih..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Mahallah harga serai sekarang ni. Aduhai... tempoh hari beli serai seikat 4 batang R1.70 sen. Eloklah bawa balik serai sate lilit tu hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Gelak saya baca iniii 😂😅😅. Pandai pak inche panggil staff nya 'Neng' yaaa 😄. Itu biasanya sebutan untuk wanita belum nikah di Jawa barat. Atau di JB sebutannya sama juga kak?

    Saya pun, kalo pesan sate lilit suka sayaaaang sangat dengan serasinya. Krn biasa langsung dibuang . Sementara kdg msh bagus pula bentuk dan aroma hahahaha.

    Pdhl serai di jakarta termasuk murah sangat. Mungkin itu juga alasan dijadikan tusuk sate lilit 😂. Krn murah. Jadi lepas makan, LGS buang.

    ReplyDelete
  7. mujur SK yg suruh puji dulu...kalau pak inche puji gitu ke neng mau merajuk 3 hari

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!