Assalamualaikum WBT
PERGI NSK hari tu, beli ayam dua ekor. Sk minta potong berasingan lapan bahagian, jadi, mudahlah bagi Sk nak membahagi-bahagikan isi-isi ayam tu mengikut bahagiannya dalam satu bekas. Setiap bekas ada satu kepak, satu peha, satu thight (apa eh dalam BM) dan satu dada. Kaki-kaki dan lehernya pula Sk kumpul dalam bekas lain begitu juga, hati, pedal dan jantung.
Pak Inche pulak minta masak Nasi Ayam, semalam. Dia tanya, apa lagi nak beli untuk aksesori nasi ayam, Sk pesan belikan daun bawang dan tomato aje, sebab yang lain semua dah beli kat NSK tu. Tapi, Iman kata, babah keluar dari pukul 9 pagi sampai pukul 12 (tengahari) baru balik bawa roti canai aje 😂. Rupanya, dia pergi Pendas. Adoi.. nampaknya minggu ni minggu masak-memasaklah bagi Sk, tak dapek la nak jadi tapak sulaiman 🤣.
Minta Iman defrost (rendam) ayam pukul 4 petang. Dah berapa kali berangan nak beli mangkuk atau dulang defrost tu tapi tak jugak dibeli. Benda boleh rendam, kan ðŸ¤.
Sk tak pandai masak nasi ayam cara short cut, mesti nak mula dari rebus ayam bersama halia dan gunakan air rebusan ayam untuk masak nasi. Semalam Sk masak ayam separuh campur leher dan kaki. Siap rebus, angkat isi ayam sahaja, kaki dan leher tinggal dalam periuk untuk sup. Lepas tu suruh Pak Inche tolong perahkan jus limau nipis untuk buat sambal nasi ayam dan Iman pulak cucikan cili, salad, timun dan tomato. Yang bongoknya macam mana boleh tak perasan tak hidupkan fungsi 'cook' pada rice cooker tu. Dah siap sediakan salad, potong timun, tomato semua, masa nak masak sambal tu baru perasan led merah berkelip-kelip kat periuk nasi, yassalammmm 😂. Dahlah periuk nasi tu jenis masak lambat ðŸ¤.
Macam selalulah, kalau masak nasi ayam akan ada dua versi ayamnya. Satu versi cuma direbus dan diperap dengan minyak bijan, kicap cair, madu dan sos ikan. Seketul lagi,
versi Nasi Ayam Kee Chup iaitu goreng dalam sedikit minyak kemudian tuang kicap pekat semasa menggoreng. Versi Kee Chup tu untuk Iman la, Pak Inche suka ayam rebus aje.
Nasi tu pulak, Sk masak nasi macam biasa guna air rebusan ayam. Sk tak menumis tapi terus campak jer dalam periuk bersama bawang merah dimayang, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Aisehhh.. daun pandan pulak tak ada semalam ðŸ¤.
Untuk sambalnya, Sk kisar 9 tangkai cili merah hidup bersama halia (ambil dari rebusan ayam) dan 4 ulas bawang putih. Masak bersama jus limau nipis dan air secukupnya, masukkan garam sedukit dan 3 sudu gula. Sambal ni kena buat banyak sebab Pak Inche tu makan sambal macam gulai, hehehe. Sedap sangat makan semalam .. ke.. lapar.. sampai tambah-tambah nasi dua beranak tu, hahahah.
Semalam pun menu nasi ayam...tapi SA makan ayam je..nasi x makan..ntah x tau lak kenapa SA x makan nasi ayam semalam..kenyang meratah rasanya la..
ReplyDeleteseronok betul membaca Sk memasak...Linda smpai sekarang tak pernah masak nasi ayam...hahaha...malas mungkin, nmpk mudah, tp banyak step2 renyah..Linda tak suka berlama2 di dapur..hahaha
ReplyDeletenasi ayam ni nampak macam senang je nak buat,tapi bila dah buat boleh tahan renyahnya kan kak...
ReplyDeleteNasi Ayam memang favorite kami, lama tak buat sebab anak2 tak ada di rumah. Lebih kurang sama cara kita masak nasi ayam. Sedap nya tengok nasi ayam SK ni.
ReplyDeleteThigh kalau tak silap bahagian atas paha ayam. Kalau masak nasi ayam kena dua versi lah gitu kan. Saya suka versi yang goreng tu.
ReplyDeleteammi pun selalu buat from scratch...kalau yg shortcut tu macam mana je nak cut short kan?
ReplyDelete