Assalamualaikum WBT
BALIK dari pejabat semalam, penuh tangan Pak Inche. Singgah pasar malam Taman Teratai beli Popiah Basah sebungkus/5's dan Murtabak Utara 2 keping. Kemudian, sama ada client atau Marrybrown sendiri belanja 2 Set Meal Egg-Stra Ong, menu terhad sempena Tahun Baru Cina. Biasanya setiap kali musim perayaan, memang ada sahaja buah tangan dari client. Kalau TBC, dengan limaunya, biskut rayanya, angpow sahaja yang tak ada 🤭.
Siap kemas dapur semalam, barulah makan Popiah Basah. Sedap betul Popiah Basah tu, malah Sk berani katakan, ia lebih sedap dari Popiah Basah SS Ali yang selalu Sk beli di Pasar Malam BBU. Kulit popiah tu lembut, sambalnya sedap dan tak lokek inti serta taburan keropok. Pagi tadi, panaskan murtabak buat bekal sarapan, sekeping untuk Pak Inche dan sekeping untuk Tuan Tanah Kedaung la. Lupa nak snap pic murtabak dan popiah basah pulak.
Ehhhh baru sebut tadi pagi gan Yana, sekali lalu plakkk kat sini hahahaha .. sedap ke tak Kakk?
ReplyDeleteBenda free mesti sedap 🤣
DeleteIssshhhh...isssshhh cicak ni pun satu, saja jew dia nak masuk entri ye hihihiii.
ReplyDeleteHihi.. nasib tak ada gambar
DeleteCicak memang suka buat orang terkejut. Saya pula, time buka tong sampah, time tu la, dia keluar. Kus semangat! Nampak lain macam set marrybrown tu. Salted egg yek. Bolehlah cuba nanti.
ReplyDeleteHaa.. nt balik lari boleh singgah MB 😍
DeleteByk cicak ke kat ofis SK? Seram gak kalau tetiba melompat keluar ni huhu
ReplyDeleteSA x pernah terkena ngan cicak..tapi dengan lipas...pernah sekali SA bukak air tin..biarkan kejap je..bapak lipas dalam tu, masalahnya SA dah teguk...since that x minum dah air tin lepas tu letak kat meja opis...pelik opis takde lipas tapi mana datang lipas tu ntah
ReplyDeleteCicak memang suka buat kaget, tapi saya tak takut kalo itu yg kluar. Lebih takut kalo ulat atau kecoak 😂😂. Kalo itu confirm tak nak sentuh lagi.
ReplyDeleteRindu lah nak makan MB pulak 😄😍
terus terbayang gambar muka depan buku JBDM ni...
ReplyDelete