BERKUNJUNG KE RUMAH KAK ROZ MY SIL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


DATANG ke Kuantan kali ini, Sk beritahu kakak Pak Inche yang Sk panggil Kak Roz yang tinggal di Kuantan. Datang dua tahun lepas tu, kami tak beritahu, tahu tak, dia punya rasa bersalah tu tak hilang-hilang, hahaha. Ni pun hari dah sampai, pukul 5 lebih baru cakap dan beritahu nak berkunjung ke rumahnya esok. Sk pesan, jangan susah-payah masak sebab minggu sebelumnya tu Kak Roz tak berapa sihat. Mana mahunya Kak Roz tak masak, esok pagi tu, Kak Roz whatsapp, suruh mai makan nasi kat rumah 😍.


Kami sampai dalam pukul 2.30 petang, siap dah Kak Roz memasak. Dari atas, Celur Jantung Pisang, Pucuk Ubi Kayu dan Petai. Sambal Belacan Air Asam dan Ikan Termenung Rebus, Kacang Panjang Goreng Udang, Kari Ikan Termenung, Ikan Masin dan Paru Berlado 😋.


Kak Roz sama peel dengan Arwah Mak Mentua yang suka memasak dan menjamu orang. Dulu-dulu, setiap kali balik kampung mentua, Sk tengok mak mula memasak dari sebelum subuh. Pagi tu siap dah terhidang Mihun Goreng dan kuih-muih. Mihun ru ada dua jenis, hat pedas dan tak pedas untuk cucus. Kemudian masa kitorang sarapan tu, mak dah mula siapkan bahan untuk makan tengahari. Tu tak pa, ada sekali tu, mak menumis bawang nak masak kari guna api paling kecikkk tu, sambil tu bolehlah pulak mengemas laman. Lepas makan tengahari, dah siap-siap bahan untuk minum petang pulak. 


Antara yang sempat Sk belajar (tapi tak pernah buat pun 🤭) ialah Popiah Basah dan Lopes juga Pasemburrrr. Adoi, kalau diingat-ingatkan, bertuah betul menantu hantu tak reti tolong memasak. Bukan tak nak tolong tapi mak tak bagi, lagilah masa tengah mengandung, mak tak bagi masuk dapur. Pendek kata, jauh benar karektor mak mentua dengan yang digambarkan dalam drama bersiri Kutub Utara Kutub Selatan lakonan Norlia Ghani dan Nasha Aziz tu tau.


Abang Samad ni memang orang Kuantan tapi sebelum ini merantau bekerja di sebuah hotel di Penang. Kak Roz pulak kerja part time sementara tunggu panggilan guru, haaa.. masa tu la depa kenal dan akhirnya mendirikan rumahtangga dan Kak Roz meneruskan kerjaya sebagai guru di banyak tempat di utara. Kini Kak Roz merupakan pegawai di Pejabat Pendidikan. Dekat pejabat pun sama ya, Kak Roz suka jamu kawan-kawan dengan masakannya.


Tak cukup dengan makan tengahari, ada pulak minum petang. Abang Samad buatkan Teh Masala dan Kak Roz buatkan bakwan eh namanya atau Cucur Sayoq. Terus Sk teringat Cucur Jagung Arwah Mak makan dengan sos cili yang mak buat sendiri. Pelam tu Sk beli tepi jalan 4 kilo RM20. Belimbing tu ada sekolah bagi masa Kak Roz buat lawatan ke sekolah. Bukan saja tanam belimbing tau tapi sekolah tu siap bertanam padi, hebat betul!!! 


Balik dari rumah Kak Roz kami ke East Cost Mall, Pak Inche ajak beli baju raya siap-siap. Kalau nak beli kat JB tak larat eh dengan shopping mall penuh dan jammed lagi. Seronok la sebab baju semua baru sampai, nak warna apa, saiz apa masih ada lagi. Tunggu la raya nanti, mesti susah nak cari saiz dan warna yang kita nak. Gambar baju raya tak boleh tunjuk, tunggu lepas 1 Syawal baru kita tayang naaaaa 🤣 

Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

Aminnnn Ya Robbal Alamiiinnn.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Banyaknya lauk pauk kak Roz masak. Rajin sungguh ni.
    Orang yang rajin jamu makanan gini pasti akan sentiasa dikenang.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya Kak Roz hidangkan macam- macam..ye betul kena cari baju raya dari sekarang..lepas tu jangan tayang dulu...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...rezeki..tu jugak sebab kadang2 Linda serba salah nak beritahu bila nk datang rumah ziarah, kalau beritahu awal2, macam2 yang disediakan, kalau tak beritahu, kita pulak yang terkejut dengan rumah kosong...hihihi
    MIL linda pun mcm arwah MIL SK jugak, bersiap2 awal utk memasak..api perlahan je, Linda dah 13tahun jadi menantu tu, baru sekali je masak dekat dapur MIL...kikiki

    ReplyDelete
  4. Saya masih Amazed dengan Orang2 tua dulu yg bisa memasak banyaaaaak menu dan sedap pula semua 😄😄. Mama saya pun begitu. Kalo saya? Jangan tanyalah. Ada tamu nak DTG ke rumah, oke kita ajak makan di restoran nanti 🤣. Tak mungkin saya masak banyak di rumah 😅

    Sedap2 kliatan menu kak Ros ni yaaa 🤤🤤.

    ReplyDelete
  5. ooo akak ada sedara dkt sini..jumpa yang berkenan ke kak baju raya tu?kuantan ni tak banyak sangat pilihan..

    ReplyDelete
  6. Wah..my taste menu ni...kena belaka gandingan lauk pauk tu...terliur baca time lapar

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!