KARI IKAN KEMBUNG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

SEHINGGA Cik Ani balik dari hospital malam tadi, ibu masih ditempatkan di zon kuning. Keadaan ibu dah stabil dan beransur baik tapi disebabkan tidak cukup katil di wad sebenar, maka kenalah menunggu. Sk semalam pun sekejap berlari ke hospital, sekejap berlari ke office. Mujurlah jaraknya tak begitu jauh berbanding dari rumah. Yang penting, minta kebenaran dengan bos. Angah pula, setelah melihat keadaan ibu stabil, meneruskan amanat untuk berkursus di Melaka. InsyaAllah, semuanya baik.


Hari ahad, hari pasar Pak Inche. Pak Inche hantar gambar dua ekor ikan kembung yang dah siap digaramkunyit.


Yang keseekoran ni, diminta masakkan kari. Dah siap siang buang perut tapi kepala dan ekor tak potong. Ni kalau ibu Sk nampak, setahun dia mengungkit 🤭!


Lepas siap mandi semua, baru mula memasak. Amboi, kemahen tebal mekap kau ya Cik Kembong. Sembang-sembanglah dulu naaa.


Pak Inche dah siap tumbuk (baca : kisar) sambal belacan. Lengkaplah lauknya, Kari Ikan Kembung, Ikan Goreng, Sambal Belacan dan Ulam Timun. Pak Inche kata, tak puas makan kat rumah Kak Roz tuari tak ada ikan goreng, hahahaha. Iman makan pulut kuning Cik Ani sebab tak makan Kari Ikan Kembung. Mengada-ngada tekaknya!
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya kari ikan kembung...lawan ngan sambal belacan, ulam timun..memang bertambah la makan nasi..

    ReplyDelete
  2. Moga Mak akak dalam lindungan dan peliharaan Allah swt .. Akak pun kena sabar dan kuat yaa.. ujian dr Allah ..

    Kita paling suka ikan kembong masak kati atau asam pedas ..

    ReplyDelete
  3. smoga cpt sembuh utk ibu SK...kari ikan ada sambal belacan lps tu ada ikan goreng tu ngam

    ReplyDelete
  4. semoga mak SK diberikanNya kesembuhan segera, aamiin.. rajin masak kari ikan sekor memang sedap kan kak ana suka kari ikan kembung lemak2 gini :)

    ReplyDelete
  5. semoga cikAni diberi kesembuhan ye kak.... risaunya kita bila mak tak sihat kan...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!