INTERNATIONAL BUFFET @ RESTORAN KUNTUM SELASIH

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


MAKAN malam semalam cuma di rumah. Ada baki Kari Daging, Pak Inche kat rumah keluarkan ayam dari freezer, defrost dan perap macam Ayam Goreng Berempah. Sk balik rumah barulah masak nasi dan ada telur separuh masak untuk sarapan pagi tu, Pak Inche tak makan sebab dia keluar beli Nasi Lemak Legend. Jadi, telur tu Sk letak dalam pengukus dan tenggek atas periuk masa masak nasi.


Berbaki sedikit Kari Daging, Ayam Goreng dan Telur Rebus, maka berbekallah Sk hari ni. Dekat-dekat pukul 12 baru makan. Sekarang hari bekerja Sk dah tak ambil sarapan cuma minum kopi kocak dengan susu tepung. Rasanya, dah setahun tak makan Nasi Kerabu Kak Yah dan Nasi Dagang Cik Yah masa sarapan. 


Dekat pukul 1, dapat pulak Jemputan Buffet Lunch dari Pelajar Tahap 3 Kursus Penyediaan dan Pembuatan Makanan. Pelajar-pelajar ni akan mengikuti Latihan Industri tidak lama lagi dan sebagai latihan sebelum pergi internship, kena cari pengalaman bagaimana menyediakan buffet lunch di kolej dulu. 


Urap dan Salad. 


Ulam dan sambal belacan


Udang Cocktail


Blur sebab screen shot dari video.

Main course :
Nasi Putih
Spaghetti Aglio Olio
Udang Masak Lemak Cili Api
Ikan Cencaru Bakar
Daging Dendeng
Sayur Capchai

Memang tak mampu nak makan la.. sebab baru lepas makan, kan. Dorang ni pulak memang tak bagitahu awal. Ni pun selalunya, jika dah makan Sk tak datang tapi tadi kebetulan ada urusan sikit nak kena jumpa mereka.


Sk makan sikit la buat raso-raso
Laksam, Tauhu Sumbat, Salad Ayam, Rojak Buah 3 hiris dan Burnt Cheese Cake serta kopi setengah cawan.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dpt mkn buffet mmg meriah...mcm2 nk mkn ...especially dessert kn

    ReplyDelete
  2. Dah lama x makan buffet, Rabu ni la start kat Cyberview Resort & Spa..

    ReplyDelete
  3. cantik tupperware kaler pink...sedapnya kerabu/urap..

    ReplyDelete
  4. Samalah colour tupperware pink bekas nasi tu dengan kita punya. Kita pun selalu gunakan untuk bawa bekal.

    ReplyDelete
  5. Pilihan menu buffet nya enak2 euy 🤤😍😍. Saya tuh penyuka sayuran sangaat kak. Apalagi yg mentah dan segar. Makanya melihat ulam2an di sana, langsung terbayang nasi panas dan sambal belacan pula 😄😄

    ReplyDelete
  6. budak2 ni harapnya masa raya nanti dapatlah tunjuk skill tolong mak kat dapur.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!