MAKAN ROTI CANAI GEBUS, IKAN BAKAR ARANG TANJUNG LUMPUR & NASI LEMAK ZAMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT


MASIH lagi cerita JJCM Kuantan masa cuti CNY hari tu, lepas sarapan di Kopitiam Beserah, Pak Inche mengajak beli Nasi Lemak Zaman yang femes di Gambang. Aduhhhh.. sampai Gambang tu, tapi Sk layankan aje la. Perjalanan dari Beserah ke Gambang ambil masa lebih kurang 26 minit berpandukan pada waze, jomlah kita! Tapi, sampai jer tengok orang beratur panjang, hurmmm.. tak laratlah nak memanjangkannya lagi. Kemudian, Sk perasan di sebelah restoran tu ada kedai lain yang terpisah dengan satu lorong. Di situ ada banner tertulis 'Nasi Lemak Zaman - buka 4.30 petang hingga ... (tak ingat jam berapa).'


Sk cadangkan agar kami cuba nasib di sebelah petang pulak. Tu pun kalau Pak Inche nak, kalau tak nak tak apa. Ialah, nasi lemak kat mana-mana pun ada, tapi bila tengok orang beratur macam tu, teringin jugak nak tahu keistimewaan Nasi Lemak Zaman tu 🤭. Padahal sebelum datang tuari dah janji nak makan ikan bakar. Jadi, lepas shopping baju raya di East Cost Mall, kami terus menuju ke Gambang. Syukur, kedai buka dan tak ada orang beratur pun macam pagi tu. Pelik betul, agaknya orang Kuantan tak makan nasi lemak malam-malam kot 😂.

Kami tapau..

Nasi Lemak Sambal Sotong untuk Iman dan dua bungkus Nasi Lemak Sambal Kerang untuk Sk dan Pak Inche dan tambah Telur Mata Kerbau seorang sebiji. Semua sekali RM30.xx (lupa sennya).


Sajalah pulak Sk pancing Pak Inche kot-kot dia nak tengok Roti Canai Gebus kat Tanjung Lumpur tu meniaga ke tak. Dah berapa kali datang Kuantan dia tak meniaga jadi jomlah kita cuba nasib kali ni. Ehhhh, pantang dipelawa ya. Jom.. jom.. kata Pak Inche. Sk pernah tulis pasal Roti Canai paling sedap pernah Sk makan ni DI SINI. Pergi mana-mana tempat yang jumpa roti canai sedap pun tak dapat menandingi keenakan dan kegebuan roti canai di Tanjung Lumpur ni. Sebaik sampai depan warung dah macam kecewa jugak sebab tak nampak orang meniaga roti canai. Tapi, Sk kata, jomlah kita makan ikan bakar. Mana boleh datang kali ni tak makan ikan bakar. Nanti lepas order ikan bakar, kita bawa turun nasi lemak yang tapau tadi, hahahaha.


Dulu, kedai meniaga roti canai tu yang mula-mula di sebelah kanan, tapi dekat situ sekarang dah jadi kedai ikan bakar yang agak komersial. Sk tertarik pulak dengan banner Ikan Bakar Arang sementelah nampak ada meja kosong kat sebelah banner tu. Terus ajak Pak Inche dan Iman masuk kat situ.. tup tup nampak abang roti canai tu ada dekat situ. Abang ni trademarknya, dia pakai topi putih chef yang pendek tu. Terus gembira ria tiga beranak, lama giler ooo nak makan roti canai dia tak dapat. Rupanya, dekat sebelah kedai dia ni dah ada kedai baru, jadi, kedainya yang asalnya berada paling kanan dah jadi kedudukan di tengah-tengah.


Iman makan Roti Telur. Favourite dia la ni kalau pergi kedai mamak, tak roti telur, roti bom! Roti telur dalam gambar tak nampak kegebuannya, ko tunggu eh!


Sk dan Pak Inche masing-masing ambil dua keping roti canai kosong. Nak tahu cemana dia punya gebu boleh scroll ke bawah, ni pic roti canai Pak Inche yang dah dipotong kecik-kecik atas permintaan Pak Inche.


Sk punya.. aduhhhh.. menggoncang qolbu betul eh roti canai dia. Roti canai kat sini dihidangkan bersama kari ikan dan kuah dhal. 


Nampak tak dia punya gebu tuuuuu. Pak Inche sampai tanya, berapa keping roti canai bonda ni?? Sambil selak roti Sk. Hah.. tulah, siapa suruh minta potong kecik-kecik 🤭. Rotinya garing dan lembut bila dikunyah. Eh,  syahdu betul perasaan bila dapat makan sesuatu yang sekian lama diidamkan ni tau. Masa abang tu tebar, boleh nampak eh, dia tebar sampai besar dan tak koyak langsung!


Pesan Ikan Siakap Bakar Kosong dan dua ekor sotong juga bakar kosong. Sotong tu panjang tapak tangan aje, bila dibakar tinggallah banyak tu terkontang-kanting dalam piring, hehehe. Boleh pilih jika nak buat masakan lain seperti bakar sambal atau masak tiga rasa. Ikan bakar kosong dicicah dengan air asam yang simple tapi sedap. Lagi-lagilah bila kita gigit dengan bawang dan cili tu sekali, hihi. Selain tu, mereka juga bagi sambal ikan bakar berasingan. Iman suka cicah dengan sambal tu, Sk lagi suka cicah air asam.


Licin eh tiga beranak makan. Semua sekali RM70.50 sahajo. Errr.. dah makan macam ni, apa cerita Nasi Lemak Zaman yang ditapau tadi???


Balik penginapan, lepas mandi dan selesaikan kewajiban, barulah makan nasi lemaknya. Tapi, memasing makan separuh aje. Kiranya, ada satu setengah bungkus lagi nasi lemak Sk simpan dalam peti sejuk. Sedap sambal nasi lemak dia, dahlah banyak, sayang pulak lebih terpaksa buang, takkan nak bawa balik Johor??


Keesokan pagi, panaskan baki 1 1/2 bungkus nasi lemak dalam microwave untuk sarapan. Jadi, hari sebelum check out tu lepak kat penginapan aje la, tak keluar cari makan atau beli makanan di luar. Pukul 11.30 macam tu kami pun check out tapi jenuh ooo.. dua biji lif rosak dari empat lif yang ada. Tiga kali jugaklah lif berhenti tapi penuh, rasanya hampir 10 minit jugak tunggu lif, tu pun kami redah juga masuk lif yang dah hampir penuh, ngam masuk kami lagi tiga orang ni. Dahlah tak boleh nak berpisah-pisah sebab nak turun lif pun kena guna kad akses tau kalau tak, tak boleh tekan butang. Memang ketat la kawalan keselamatan kat Timur Bay Residents ni. Lagi satu, siapa-siapa datang sini nak mandi kolam ke, mandi laut ke, pastikan anda bawa tuala dan baju salinan sebab mereka tak benarkan naik dengan pakaian basah. Gituhhhh!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Paling sedap ya roti canainya.
    Memang rezeki dapat makan. Nasib baik singgah masuk tengok.

    ReplyDelete
  2. waahh.. gebunya roti canai dia. nai kalau anak saya ni, mau sorang 3 ke 4 keping. Dah beli baju raya? OMG... jelesnyaaa

    ReplyDelete
  3. suka kalau warung2 macam ni... biasanya warung mcm ni lebih sedap.. yumm yumm yumm..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!