MENGOPI DI BURRTEMU COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

SELEPAS makan malam di Restoran YX, kami tak terus balik ke rumah. Memandangkan keesokan hari tu merupakan hari Jumaat, jomlah kita mengopi. 


Sk tahu tentang Burrtemu Coffee ni selepas ia fyp di TT. Tak perlu guna waze pun (bagi Sk la) untuk ke sini kerana lokasinya terletak di Tempat Jatuh Lagi DiKenang iaitu Kampung Pasir. Kampung Pasir ni la tempat Sk membesar dari kecil sehingga remaja walaupun ada beberapa tahun Sk tinggal di Pontian, tapi rumah Arwah Pak Andak masa tu di rumah pusaka, jadi memang tak pernah miss la datang Kampung Pasir. 


Kiranya Kampung Pasir ni memang taman permainan Sk la, sebut jer celah mana, tahu aje, tak sesat punya 🤭.


Harga kopinya pula tidaklah mahal, secawan cuma RM10 siap art. Bukan cup kertas ya. Bagi minuman sejuk cuma tambah RM1 dan dihidangkan dalam gelas kaca yang cantik.


Sk tak nampak ada desserts tapi ada roti bakar. Boleh pilih dua jenis roti sama ada bun atau keping dengan pelbagai sapuan seperti kaya dan peanut butter.


Tempat duduk agak terhad juga begitu juga parkir kerana jalannya agak sempit dengan rumah penduduk di kiri kanan. Tapi, untuk secawan kopi yang sedap tentu ramai yang sanggup bersusah-susah 😂.
Tags

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya kupi-kupi sambil cicah bun/roti bakar... Suasana pun nampak tenang je, sesuai nak dating ni SK :D

    ReplyDelete
  2. wahh kampung pasir pekan nenas ke kampung pasir kat tampoi nih., alamatnye pon xde., huhu

    ReplyDelete
  3. Setujuuuu, saya pun rela kadang masuk2 dalam gang, demi mencari tempat sedap yang tersembunyi ❤️. Apalah lagi berkaitan dengan kopi 😍

    ReplyDelete
  4. Cantik menggoda tu kopinya SK.
    Tumpang hirup sikit.... sluurrpppp! Sedapnya.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!