BERHARI RAYA DI KUALA TERENGGANU LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


TAHUN ini giliran Sk menyambut Hari Raya Pertama di sebelah keluarga mentua. Kita ikutkanlah hasrat kak (kakak sulung Pak Inche) untuk berhari raya di Terengganu lagi. Kali ini, Pak Inche memilih untuk menginap di Homestay Camelia yang terletak di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di pusat bandar Kuala Terengganu.


Bergambar yang tak sepertinya di pagi hari raya di homestay. 


Dalam pukul 10 baru sampai ke rumah  Na'E di Tok Jembal, Kuala Nerus. Sunyi sikit sebab cuma ada kak, Kak Shida dan Arfan, Kak Maznah dan Na'E serta kami tiga beranak. Dua orang anak Na'E berada di luar negara. Kak Roz enam beranak beraya di Kuantan.


Dah lama tak pakai baju sama dengan Iman. Inilah baju raya yang kami beli sejak sebelum puasa lagi di East Cost Mall semasa bercuti di Kuantan, jenama Gene Martino. Pak Inche pakai kurta beli online, tu lagi awal dia beli ya 🤭.


Menu pagi raya, ketupat palas berkacang, rendang daging dan rendang ayam, lemang, nasi minyak, gulai daging dan gulai ayam.


Kemudian, Abang Kian dan Kak Ila (biras Sk) adik-beradik pun sampai. Tahun ni giliran Abang Kian beraya sebelah keluarga mentua tapi kebetulan keluarga mentuanya orang Terengganu jugak. Tu, Pak Inche tengah potong buah nak makan dengan kuah rojak.


Lepas zohor, ehhh.. makan Mihun Sup kak masak pulak. Kemudian kami balik homestay qadho tidurrrrr 🤭. 


Oh ya, dalam perjalanan ke Terengganu hari tu, kami singgah beli Lemang Kijal, konon nak buat buka puasa tapi tak jadi sebab ada makanan lain beli di bazaar. Lemang dan rendang simpan dalam peti sejuk, Sk panaskan lepas bangun tidur sebab masing-masing kelaparan, hehehe.


Lepas maghrib, kami ke Cg Dee Homestay di Mengabang yang Abang Kian inap. Kak Ila jemput makan-makan. 


Raya kali ni rileks betul la, kerjanya cuma makan, kopek bawang, potong daging apa pun tak buat. Kita tadah perut aje, manyak syiok laaa.


Kemudian, ada sambutan hari jadi bagi kelahiran bulan Mac dan April. Kemas sungguh tulisan atas kek tu. Kek disediakan oleh adik ipar Kak Ila sendiri. Lepas tu layan pulak dorang ni main bunga api di angkasaraya. Tak ingat la balik homestay dah pukul berapa semalam, haha.


Sarapan pagi ni makan nasi lemak telur rebus, telur kupas sendiri. Mujurlah jumpa warung sarapan yang masih ada nasi lemak. Warung yang pergi sebelum ni dah habis nasi lemaknya. Tahulah Pak Inche tu, pasal makan kemahen cerewet, sabar aje laaaa.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bunga api cantik berseri,
    Pelita bulu menghiasa halaman;
    Hari Raya menjelma lagi,
    Tangan dihulur bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  2. Seronok juga sesekali raya macam ni. Tak sibuk nak kemas rumah. Tenang saja gitu. Tadah perut tu yang best tu. hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!