27 RAMADHAN BERBUKA NASI BERIANI KAMBING & AYAM GOLEK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1 minute read
3

 Assalamualaikum WBT


BERSIARAN dari Kuantan...

Sk dan Pak Inche dah mula bercuti hari ini. Tahun ini sekali lagi kami akan merayakan hari raya di Terengganu, mengulang sejarah raya tahun 2022, tahun raya terkejut katanya. Rasa jauh sangat nak sampai Ganu maka kita tidurlah dulu satu malam di Kuantan. Sangat seronok memandu hari ini tanpa kesesakan. Bertolak seawal jam 7 pagi dan kami sampai di Kuantan kira-kira 4 1/2 jam kemudian mengikut laluan Bandar Muadzam.


Menu berbuka semalam, juadah dari Bazar Ramadhan Taman Dahlia. Semalam, Sk masih kerja lagi tu satu, memikiokan nanti leceh nak kena kemas dapur lepas masak, mana nak kemas beg lagi, tu la yang beli terus semua makanan di bazar. Menu utamanya Nasi Beriani Kambing (RM15) untuk Pak Inche dan Iman. Sk pilih Nasi Beriani Ayam Merah (RM12). Kemudian Pak Inche beli jugak

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Ayam Golek sebelah RM15
Popiah Basah SS Ali RM8
Nasi Lemak Daun Pisang sebungkus RM1.50
Mee Goreng Sotong Mamu RM12

Sk buat Jus Tembikai Laici tapi Iman kata dia teringin nak minum Air Tebu, belilah sebotol RM8.

Popiah dan Nasi Lemak buat moreh,
Mee Goreng Mamu Sk foward ke sahur 😂.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah seronoknya dah cuti dan berangkat ke kampung. Tak jem lagilah seronok cerita dia. Jauh tu ke Ganu. Tapi Ganu best ada banyak pantai cantik-cantik. Elok jugak tu bermalam di Kuantan. Boleh jugak rehat-rehat kan bila perjalanan jauh ni.

    Dah nak balik kampung ni, mood rajin pun terbang jauh dah. Senang kita belikan je. Tak renyah dan tak penat kan.

    ReplyDelete
  2. Pagi raya nanti baru kita nak masak nasi beriani SK :)
    Semoga selamat sampai ke destinasi 🤲

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!