MAKAN MEE BANDUNG & SATE WAK RADOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


MALAM semalam pergi Mydin Medini beli keperluan Iman untuk balik ke kolej kediaman. Cadangnya, lepas beli barang, nak makan malam di Restoran Al-Anisah tapi teringat-ingatlah pulak Nasi Goreng Seafood Daun Pisang yang Pak Inche makan di Restoran Jasmin. Sampai di RJ, lahhh.. tutuplah pulak. Baru teringat, RJ akan tutup sekali sebulan pada rabu pertengahan bulan. Tuju pulak ke Empire Wak Lan, pun tutup. Mesti Wak Lan masih beraya lagi ni. Iman kata, kita makan kat Restoran Thoufeeq aje la. Lalu depan Restoran Rangkaian Wak Radol di Taman Sri Skudai, nampak buka, maka malas nak fikir dah, terus singgah!



Sk dan Iman sama-sama makan Mee Bandung manakala tuan penaja rancangan JJCM kami makan Mihun Soto. Mee bandung ada perencah daging tetel, kuahnya sedap tapi Iman kata, kalau dia letak banyak kacang, mesti lagi sedap. Tak silap Sk, mee bandung yang ada kacang ni menjadi identiti daerah Muar. Kalau yang tak letak tu, Mee Bandung Batu Pahat. Maaf ya jika salah. 


Kalau dah makan di Wak Radol ni, tak boleh tidak, kenalah pesan sate jugak. Pak Inche pesan 20 cucuk sate daging dan 10 cucuk sate babat. Iman kata, kalau tak habis boleh bungkus untuk dia buat sarapan esok (pagi ni), tapi agaknya sebab dah lama tak dapat sate, kan.. 30 cucuk semuanya wabillahitaufik wal hidayahhhhh 🤭

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. nampak sedap plak semua makanan tu ha....

    ReplyDelete
  2. Stress betul bila banyak kedai tutup musim raya ni. Lama betul dorang bercuti kan. Saya lagilah tak tahu. Ingatkan semua mi bandung johor memang letak kacang. Ada juga letak serbuk roti atau biskut kan? Ke salah? Tak sempat simpan, langsai terus ye satenya.

    ReplyDelete
  3. Biasanya kalau nak makan satay jgn makan nasi nanti satay nya tidak dimakan byk.. tapi kalau mee bandung dgn satay satu kombinasi yg baik boleh dimakan byk satay nya :D

    ReplyDelete
  4. Alamak..... saya lambat sampai! Ruoanya sudah wabillahitaufik walhidayah satenya huhuhuuuu!

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka sate babat..padabal dulu tak pernah nak mencuba...ish macam teringin pulak nak makan sate

    ReplyDelete
  6. Hahahahahahah malah betambo ya kak 🤣. Tapi liat penampakan nampak sedaap memang sate nya🤤😍😍. Pengen coba pula sate babat.

    ReplyDelete
  7. saya ingatkan semua mi bandung ada kacang tanah dalam kuahnya. saya tak makan kalau ada kacang tanah. memang duk mencari-cari yang takde kacang tanah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!