BERBUKA 28 RAMADHAN DI RESTORAN BOMBAY

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT


BERSIARAN dari Kuala Terengganu 🤭


Semalam, 28 Ramadhan Sk sekeluarga berbuka puasa di Kuantan. Ingatkan, dapatlah makan ikan bakar ke, seafood ke, sekali Pak Inche nak makan Nasi Daun Pisang daaaa. Kami ke Restoran Bombay yang terletak di pusat bandar.


Pilihan menu Set Nasi Daun Pisang. Setiap set nasi tu dah siap lauk, namun ada tambahan lauk jika nak.


Pilihan Iman Nasi Ayam Goreng add on lauk Kari Kambing.


Pak Inche add on Kari Ayam.
Sk cuma ambil Nasi Lauk Sotong. 


Ayam Goreng dua ketul dan Papadom.


Nasi Tuan Tanah Kedaung


Ambil dessert dan vadai.. errr.. teh tarik satu!! Sedap teh tarik dia, walaupun tarik tapi panas dia maintain. Total dalam RM95 tak silap.


Dah pukul 10 malam, pergi rumah Kak Roz dan Abang Samad.


Moreh pulak di rumah Kak Roz. Kalau Kak Roz la kan, memang tak menang mulut la nak makan. Ada Pengat Pisang, Sotong Kangkung dan Laksa Penang.


Abang Samad ajar makan pengat dengn aiskrim vanilla.. uishhh.. sedap.


Makan sambil borak. Sedar tak sedar dah pukul 12 lebih, hehe.


Sahur di Mandurah Hotel. Kami stay bilik family, masa booking tu depa bagitahu ada buffet sahur tapi ini aje yang ada, ala carte pulak tu.


Sedih muka member.. Sabar aje laaa. 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Makan nasi daun pisang pun daun pisang lah kan. Banyak juga lauk pauknya tu. Hihi..tak menang mulut nak makan tu yang letih mulut. Tapi makanan sedap, haruslah kita makan. tak reti nak tolak. hihi..lain macam pengat pisang campur ais krim vanilla. Bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!