Assalamualaikum WBT
BEBERAPA rakan sepejabat Sk akan mula bercuti mulai minggu depan (Ahad). Kebanyakan yang lain, macam Sk, akan mula bercuti pada isnin dan pihak pengurusan telah memberikan cuti khas (Cuti Tanpa Rekod) pada hari selasa atau sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pelajar di asrama juga telah mula pulang ke rumah masing-masing dan operasi asrama akan ditutup sepenuhnya mulai sabtu ini.
Sesi fotografi gambar raya yang dibuat pada rabu kelmarin. Masing-masing pakai baju cantiklah sikit terutama yang lelaki, lengkap berbaju melayu dan bersamping. Di kolej, majoriti staf adalah wanita, hehehe.
Selepas sesi fotografi, berlangsung Mesyuarat Tahunan Kelab Staf bagi membincangkan program Hari Keluarga 2024 yang tertangguh. Kemudian masing-masing menerima Goodies Raya, seronoklah masing-masing, walau tak banyak tapi ada. Alaaa.. bukan ada sponsor pun, semua duit kutipan yuran ahli jugak, hehehe.
Lepas zuhur, 'lari' sekejap ke GBW Hotel, jumpa Ms Sutha, ada gift nak bagi katanya. Terima kasih, Ms Sutha. Dapatlah borak sekejap kisah percutian Sutha ke Lombok baru-baru ni.
Dapat pinggan hidang.. suka.. suka.. suka!
Khamis, berlangsung pula Majlis Khatam Al-Quran. Program Tadarus telah bermula sejak awal Ramadhan yang dibahagikan mengikut kumpulan dan kelas-kelas. Ia merupakan tradisi di kolej setiap bulan Ramadhan.
Rakaman Takbir Raya melibatkan staf lelaki. Kita yang wanita ni jadi krew laaa.. hehehe.
Kita tepek satu gambar kenangan staf ibu pejabat dan kolej.
Pagi ni menziarah pusara ibu. Dua minggu rasanya Sk tak ke sini. Ustaz kata, setiap hari Khamis lepas asar sehingga hari sabtu sebelum zuhur, roh-roh penghuni kubur akan berada di kubur masing-masing menunggu kehadiran anak-anak dan waris. Wallahu'alam. Suasana di perkuburan ibu ni terang dan ramai orang, jadi tak takutlah jika kita datang sorang-sorang. Sebelum tu Cik Ani, Angah, Indah dan Abang Jamal pun dah datang, Sk lambat sikit sebab tidur dulu, hehehehe.
Nampak gaya macam hari ni esok dah mula jem dah tu. Nak bergambar mestilah kena cantik cantik kan. Bolehlah melawa sesekali, bukan selalu. Rezeki juga tu dapat goodies bag. Wahh cantiknya pinggan hidang tu. Memang sukalah kita kan. Boleh pakai raya nanti.
ReplyDeleteEh..eh..cantik lah suasana gambar raya SK tu...SA pun x sempat lagi nak ziarah kubur arwah mak..Pagi Sabtu ni insyaallah...harap2 dah sihat sepenuhnya
ReplyDeleteMeriahnya bergambar dalam suasana raya walaupun belum raya betul-betul.
ReplyDeleteAnak solehah... sentiasa mendoakan dan ziarah kubur arwah ibu. Moga berbahagia arwah di sana.