23 RAMADHAN BERBUKA LAUK DAPUR ASMARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT


SEMALAM, sepanjang perjalanan balik ke rumah, punyalah mengantuk. Jarang-jaranglah Sk punya tahap mengantuk sampai rasa nak tertidur. Takut sangat jika terjadi microsleep. Sepanjang pengalaman memandu, pernah sekali terjadi microsleep. Mujurlah masa tu Iman ada sekali dan dia tak tidur. Iman kata, kereta makin lama makin ke bahu jalan, lepas tu dia toleh tengok mak dia pejam mata oi. Cepat-cepat Iman kejut, mujur tak terbabas dan mujur melencongnya tu ke kiri dan Sk berada di lane kiri dan tiada kenderaan lain. 


Dia punya mengantuk semalam, memang tak boleh bawa bincang ya. Masuk rumah, terus letak beg atas meja, cabut tudung, baring atas sofa. Ingat nak lelapkan mata setengah jam, tapi sedar-sedar dah 6.30, huhu. Terus buru-buru masak nasi, mandi dan solat asar. Nasib la dah janji, Pak Inche beli lauk kat Dapur Asmara jer, bonda tak yah masak 🥹. Ngam waktu berbuka, baru periuk nasi menyala lampu hijau dia. Periuk nasi Sk ni memang lambat sikit nasinya kering.



Pak Inche cerita, dia sampai ke Dapur Asmara pukul 5 lebih sikit jer, tapi banyak lauk dah habis. Aaaa.. nasiblah banyak lauk dah habis, kalau tak mahu penuh meja dia tapau tu. Ada Kari Ayam, Sambal Kupang dan Sambal Belacan, total tak silap RM11. Lepas tu, Sk panaskan Sambal Daging ada secoet lagi. Alhamdulillah, licin semua tak ada lebih. Memang dah pesan dengan Pak Inche kalau nak beli ayam, beli satu aje, tak payah beli sampai dua tiga ketul. 

Selain tu, Pak Inche beli Cucur Udang (moreh) dan Murtabak (untuk sahur). Kuih talam mesti ada, Seri Muka dan Talam Ubi tu, RM5 aje. Bulan puasa ni Sk kadang-kadang Sk minum air manis, tengoklah kadang Pak Inche tu beli air tembikai la, tebu la, kelapa la. Tengah puasa tu semua air nampak sedap agaknya, huhuhu. Kalau Pak Inche tak buka dekat rumah, pasrahlah kita minum air kosong aje, heheheh.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bulan puasa ni memang la bab mengantuk tu teruk betul..nasib SA ni balik kerja naik train...bahaya kalau microsleep...nampak sedap plak kari ayam bahagian peha tu...rasa nak buat kari ayam tapi Pak Zain x leh makan kari plak...

    ReplyDelete
  2. Kita pun suka tapau kat Dapur Asmara tu..lauk dia memang heaven lah..byk pilihan..cuma kalo lambat sikit memang apa yg ada ajelah jawabnya...

    ReplyDelete
  3. puasa tahun ni letih mengantuk dia lain macam..sy pun kadang drive balik duk menguap2 sampai berair mata tahan mengantuk

    ReplyDelete
  4. bahaya tu.. saya pun selalu mengantuk ambil anak sekolah waktu tengahari. Selalu boleh kunyah chewing gum, tapi bulan puasa ni memang, lepas amik mijan, saya tidur dalam kereta sementara tunggu yang lain keluar kelas. tak pernah pergi la dapur asmara.. dapur asrama selalu la pergi dulu dulu... sbb mak kite tukang masak kat asrama sekolah

    ReplyDelete
  5. Mungkin sebab cuaca panas, jadi penat dan cepat ngantok. Bahaya tu kalau microsleep. Kalau bukan bulan puasa, boleh juga minum air elak ngantuk. Risau nak tidur petang, takut terbabas nak siapkan makanan berbuka. hihi..Pak Inche kalau menapau bukan sikit sikit ye. Ada je dia beli itu ini.

    ReplyDelete
  6. Saya malam tadi dalam perjalanan, punyalah mengantuk tapi kena bukak mata sebab nak jaga driver yang dah berkali menguap. Tapi kadang terlelap jugaklah kita ni.

    Ingatkan Sk frust bila lauk kat Dapur Asmara tu banyak yang habis. Rupanya…😆

    ReplyDelete
  7. Bangun awal dan kurang rehat agaknya jadi mengantuk tu... Cuaca pun panas, mata mudah layu. Apapun alhamdulillah takde perkara buruk yg berlaku 🤲

    ReplyDelete
  8. gitulah kan kak balik kerja dh penat ingat nak lelap kejap tp terlama lak...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Puasa kali ini lain macam rasanya... letih mengantuk! Tanya kawan-kawan rata-rata begitu juga. Allahu!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!