SIAKAP GORENG ALA THAI KHAIRUL AMING

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT


SETELAH beberapa hari tidak berbuka bersama Pak Inche, Sk menawarkan diri untuk memasak semalam. Tak kisahlah kalau kena kisar lada pun, lagipun memang semalam seharian di rumah, mengemas pun tak sebab tak mahu letih, cuaca panas semalam. Tapi, bila kita tanya dia, dia tanya kita balik.


Teringat ada ikan siakap seekor kejung keras dalam freezer. Masak stim limau jer la guna sos stim limau yang ada dalam peti sejuk. Eh, sekali Pak Inche minta masak macam Khairul Aming pulak pakai sos thai. Patutlah hari tu dia beli sos thai botol besar tu.


Sk memang tak ikut sangat la menu Ramadhan KA tahun ni. Bila Sk buka video tu, macam pelik jugak sebab ada penggunaan serai dan daun limau purut dihiris. Tapi, dah Pak Inche nak, kita layan aje laaa. Baca komen yang dah mencuba semua kata sedap. Sk ikut 100% sukatan bahan dan cara memasak yang KA kongsikan dalam video.



Siap ngam-ngam waktu berbuka. Kalau masak macam ni wajiblah ada Baby Kailan. Yang ni baby kailan Hong Kong katanya, rupa dia kurus-kurus sikit dari baby kailan biasa. Baby kailan ni Sk goreng dengan sotong. Tapi plan asalnya, sotong tu nak buat goreng tepung, last minute rasa tak cukup tenaga pulak, kita campak jer la dalam sayur, hehehe.


Siakap Goreng ala Thai ni memang tak kena la di tekak Sk dan Pak Inche. Bagi kami lebih sedap lagi masak tiga rasa iaitu cuma gabungan masam, manis dan pedas. Yang ni, huru-hara la, dengan rasa serainya, daun limau purut dan daun ketumbar lagi, sampai pening-pening lalat dibuatnya. Tu ha.. ada separuh lagi dalam esbox, entah bila nak makan, tak tahu laaa.. hahaha.


Pak Inche beli tembikai sehari sebelumnya, kemahen besar, lebih besar dari cutting board.


Minum air tembikailah kita. Bulan puasa ni tenaga macam tak ada jadi kena minum manis sikit, hehehe.. alasan!


Tembikai tengah murah kot sekarang. Selalu mana dapat harga RM10 temvikai besar macam ni zaman sekarang, huhu.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Apasal kita pun tak cukup tenaga juga huhuhuuu.
    Opppsss... siakap goreng ala Thai huru haralah pulak namanya ye SK.

    ReplyDelete
  2. Pak Inche pun terpengaruh dengan KA jugak ek. Tapi tak menepati KPI selera pulak kan. Saya pun malas nak mengemas sekarang, tak nak penat juga dengan cuaca panas ni. hihi...
    Ingatkan tembikai naik harga sebab viral. Biasa kalau menu KA viral, semua habis, semua naik harga. Ini tidak ye. Kira okaylah tu berbaloi harganya.

    ReplyDelete
  3. oh tk kena rasanya ye dgn SK....tp ramai yg cuba....kami suka..yela bahan2 serai,limau purut tu maybe bole dikurangkan ikut kesesuaian

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!