LAKSA JOHOR PELENGKAP MENU RAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT


HARI ini merupakan hari ulangtahun kelahiran rakan sekerja Sk, Kak Narimah. Pagi-pagi dah hantar ucapan dan ajak Kak Imah makan tengahari. Rupanya, Kak Imah puasa dan hari ini merupakan hari terakhir Kak Imah berpuasa enam. Esok, berayalah Kak Imah. Sk, belum diizinkan berpuasa lagi. Teringin nak makan Nasi Dagang sebab rasa macam tak puas aje makan ND di Terengganu hari tu. Tapi tulah, risau gerai masakan Kelantan masih tutup lagi, jadi.. ke kantin kolej jer la. Nampak Laksa Johor tinggal semangkuk.


Pindahkan laksa dari mangkuk ke kotak polisterin. Bubuh sambal belacan lebih. Kemudian ceduk kuah laksa masuk dalam plastik, ikat.. siap! Sebungkus ni RM6 jer! 


Gaul dulu sebelum makan! 
Bila dah gaul, setimbun laksanya. Mengah rasa nak menghabiskan (tipu!).
Laksa Johor Kak Sab tak mengecewakan. Mungkin ada organisasi yang menempah LJ dengan Kak Sab pagi ni. Selain tu ada soto jugak tapi sebab tuari dah makan soto kan.


Lengkaplah menu-menu raya Sk tahun ni. Nasi Minyak dah, Nasi Dagang dah, Ketupat Nasi dah, Ketupat Palas dah, Lemang dah, Rendang dah, Masak Lodeh dah, Soto dah, Lontong dah, Laksa Johor dah.. haaa.. ini antara menu raya wajib la bagi Sk. Masa ibu masuk wad tuari, makan minum terabai dan hampir setiap hari brisk walk dalam kawasan hospital tu, 3 kilo jugak berat hilang. Lepas raya ni, memang beratlah mata memandang, huhuhu.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. saya ada orang bagi pes laksa johor,teringin nak makan tp tak buat2 juga lagi.
    omey gambar yang bawah tu dah btukar jd rimau ye..bonda tinggal lama raya hari tu ada buat perangai tak tu?

    ReplyDelete
  2. Sama la kita SK, rasa berat je badan ni lepas balik beraya huhu…

    ReplyDelete
  3. Aduh, tayang laksa Johor pulak. Tengah puasa rasa teringin lah pulak. Kena cari ni nanti. hihi..sedap betul ada extra sambal. Rasa pedas tu yang berselera makan. Tahu takpe! Lepas raya ni berat betul mata memandangnya. hihi...

    ReplyDelete
  4. aduhai....SK buat kita teringin la...sedapnyaaaa....

    ReplyDelete
  5. Jarang dapat makan laksa johor.. kalau balik kg ayah di johor.. dan jumpa hidangan laksa johor mmg tak akan lepaskan peluang hihiii... laksa paling mahal dalam malaysia :D

    ReplyDelete
  6. Wohoooo... lepas raya ni bukan saja berat mata memandang tapi berat kaki nak tampung badan kah kah kah!

    ReplyDelete
  7. HB Narimah...
    Mana nak cari LJ ni....huhuhu

    ReplyDelete
  8. Laksa Johor Ini yg saya belum coba. Laksa Penang, laksa melaka dan laksa Serawak sudah. Masih penasaran dengan laksa Johor 😄

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!