SUP GEARBOX MASAM MANIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

Assalamualaikum...

TAK ada apa nak buat.. kita picit telefon ajelah sambil baring-baring 😂

Lepas sarapan roti canai yang Pak Inche tapau dari Warung Buruk, vacum lantai, mandi, Sk keluar dengan Iman menuju Tesco Tebrau. Dah beberapa hari, Iman cakap, rindu nak makan Sup Tulang Merah Aunty Azlita Masam Manis. Minggu lepas, Sk ada whatsapp Kak Ita, tapi dia cuti. Semalam nampak Kak Ita post, hari ini ada, cepat-cepat Sk whatsapp.. kalau lambat, boleh melepas 😂

Disebabkan tiada penghantaran di kawasan rumah Sk, sanggup jer ambil di kawasan tempat Kak Ita tinggal. Bolehlah jalan-jalan makan angin sekali, hihi. 


Paling tak sangka, si kecik handsome Ali yang buat delivery. Bukan main senyum Ali bila kita sebut-sebut nama dia. Tapi tulaaa.. lupa pulak nak wefie dengan Ali tadi 😆

Sepanjang jalan Iman cakap, tak sabar nak makan. Memang sungguh-sungguh la makan tiga beranak tadi. Sebenarnya, percuma bun dengan pembelian sup gearbox ni tapi sajalah tadi feeling-feeling makan dengan roti Perancis. 

Ada lagi tu, nak sambung makan malam pulak. Alang-alang merindu kita ambil terus set yang paling besar, baru puas hati. 
😍😍😍


Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alahai terliur SA....nampak sedap..teringat first time makan masa pi Spore dulu...

    ReplyDelete
  2. Masya Allah...sedapnya...Teringin sangat nak rasa sup ni...Dulu selalu nampak kat majalah kalau tema makanan singapore...

    ReplyDelete
  3. kita slalu tgk org makan tapi kita x lalu nak makan gearbox ni heheh :)

    ReplyDelete
  4. Selalu dgr, lihat dan baca saja ttg sup gearbox merah ni tp x penah lg merasa

    ReplyDelete
  5. Saya tak biasa dan tak pernah makan sup gearbox. Kalau sup daging saja, masih makan lagi.

    ReplyDelete
  6. tgk pn sedap..apa lagi rasa nya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!