SUP GEAR BOX KAK ITA MASAM MANIS DAN SATE 70 SEN SECUCUK

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum...

SEBELUM memasak Sup Tulang Merah hari tu, Sk sebenarnya memesan Sup Gear Box (Tulang Merah) Kak Azlita Masam Manis. Iman kan nak sangat makan, maknya tak ada kerajinan, nak suruh nenek masak tak sampai hati, jadi, Sk mesej Kak Ita nak beli , rupanya jualan hari tu telah habis dibeli orang, haha. Tu la SK tanya dalam grup, mana nak beli kepala lutut kambing tu. Tup-tup, Angah jumpa jual kat pasar, maka termasaklah sendiri Sup Tulang Merahnya. Tapi.. tekak ni nak jugak rasa Sup Tulang Merah Kak Ita, di hari yang lain, dapat jugak beli, minta anaknya hantar ke pejabat Sk.


Sk beli saiz sederhana, RM30 ada empat ketul kepala lutut kambing.
Ada perbezaan rasa antara STM Kak Ita dengan Sk sebab setahu Sk, Kak Ita memasukkan cili kering kisar dalam bahan STM berbanding Sk yang hanya memasukkan tomato puri. Jadi, ada rasa seakan asam pedas sikit. STM Kak Ita juga agak berminyak, mungkin kerana mengelakkan ia hangus ketika ditumis dalam tempoh yang lama. Minyak yang banyak semasa menumis  juga salah satu tips agar makanan tahan lama dan terawet secara semulajadi. Jangan risau, cedok sahaja keluar minyak yang terapung di permukaan sebelum menikmati STM bersama roti yang diberi percuma.


Sedap air tangan Kak Ita kita ni. Janganlah tanya, STM SK sedap atau Kak Ita sedap, haha.. Iman kata dua-dua sedap, cuma Aunty Ita ada rasa macam asam pedas sikit, bonda punya rasa tomato puri atau sos. Tapi, bonda punya kambing lagi lembut. Haruslah anak, bonda kan guna periuk noxxa, erkkk. Tapi, STM Kak Ita ni harus repeat jugaklah nanti... sedap kuah dia sedap, hihi.


Pak Inche pulak bawa balik sate. Hurmmm.. semua lemak-lemak terjun masuk perut.
Herlokkkkk beno. Sate 70 sen satu, sedap, kuah kacang pun sedap. Di Johor ni sekarang, bukan senang nak jumpa orang jual sate 70 sen secucuk. Kebanyakannya RM1 satu, kalau besar tak apa, berbaloi-baloi juga, hihi. Lain kali boleh beli lagi la Pak Inche, hahahaha.. 

Burpppp! Alhamdulillah...
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mahalnya rm1 secucuk... dekat penang ada lagi 50sen sebatang tak salah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!