Assalamualaikum WBT
NAMPAKNYA tahun 2024 ni ramai staf yang pergi meninggalkan kolej bagi meneruskan kehidupan yang pastinya lebih baik. Akhir bulan Oktober lepas, seorang lagi berhijrah atau lebih tepatnya mengikut suami kerana berdua pastinya lebih baik. Sebelum berpisah, marilah kita pergi makan bersama di tempat yang istimewa iaitu Nenek In Forest.
Tak sangka pulak, Rumah Nenek telah membuka cawangannya yang baharu di Jalan Tun Abdul Razak dengan nama Nenek In Forest. Sebelum ini, Sk dan Iman pernah membawa pembaca bersarapan di Rumah Nenek Cafe, boleh baca DI SINI. Tapi, lupa pulak hari tu nak bertanya, Rumah Nenek Cafe di Kebun Teh tu masih beroperasi lagi atau tidak?
Kami pergi Rabu lepas, sehari sebelum cuti Hari Deepavali. Tempahan awal telah dibuat adik manis, Madihah.. jadi, kita sajalah belek-belek buku menu ni ha.
Seronoknya geng pompuan semua, mesti havoc hehe ... Makanan pun sedap² belaka.
ReplyDeleteBanyak cafe best² dekat sana ye SK 👍🏻
Klasik betul nama kedai tapi menu western. selamat maju jaya wani!
ReplyDeleteComelnya nama Nenek In Forest.
ReplyDeleteMakanannya semua ada class tersendiri... tak ada rupa nenek-nenek!
linguine tu yg leper mcm fettucine tu kan?
ReplyDelete