Assalamualaikum WBT
SEMALAM, berlangsung mesyuarat bulanan kolej dan macam biasa, setiap kali mesyuarat bulanan, kami akan buat potluck. Pada mulanya Sk bercadang nak beli Mee Goreng Kak Sab tapi Iman kata, dah hari-hari dorang makan Mee Goreng Kak Sab, bonda, hehehe. Jadi, ke sinilah Sk petang Selasa, cadangnya nak beli brownies.
Tengok Kek Oren ni menarik pulak. Tak silap saiz 8" ni.
Brownies beli jugak sebagaimana niat asal. Murah jer harga kek di Oh My Cakes, Kek Oren tu RM15, Brownies pun sama. Potluck sebelum ni Sk bawa Puding Kastard Berkuah Koktel.
Selain mesyuarat, ada selitan Majlis Mengenang Jasa untuk staf yang akan meninggalkan kolej kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Rezeki anak, Ali yang merupakan pengajar kursus automotif telah dipanggil untuk berkhidmat dalam sektor kerajaan. Nampaknya Ali menurut jejak langkah Miza yang telah dipanggil berkhidmat bulan lepas. Orang lelaki kan, relaks jer bagi ucapan, setitik air mata pun tak keluar.
Kalau orang perempuan, belum bercakap lagi, air mata dah keluar dulu, hehehe. Staf seterusnya, Ain yang baru mendirikan rumahtangga bulan lepas akan meninggalkan kolej kerana mengikut suami tercinta. Sebulan lebih jugak Ain melalui tempoh PJJ atau orang muda sebut LDR.
Raikan juga hari lahir mereka yang lahir di bulan September, Nordin, Fazlin dan Faisal.
Lontong dan Rendang Ayam. Yang ni Fidah bawa beli. Bukan beli sikit-sikit dah macam set katering dah penjualnya hantar. Fidah memang pemurah hati dan tak berkira orangnya. Depan mangkuk lontong tu, Laksa Johor, Nasi Lemak Daun Pisang, Pulut Panggang dan keropok lekor.
Bergambar kenangan terakhir dengan Ain. Kebetulan pulak sama-sama pakai songket. Entah bila dapat berjumpa lagi sebab Ain ni orang Temerloh dan bertemu jodoh dengan orang Negeri Sembilan yang menetap di Selangor. Salah satu kenangan manis dengan Ain apabila kami dihantar berkursus di Kuala Selangor beberapa tahun lepas. 9 tahun Ain jadi perantau. Pengalaman jadi anak rantau bukan senang, Ain pernah cerita pengalamannya semasa intern di sebuah kolej, Ain diberi sebuah dorm yang menempatkan 8 buah katil dan Ain cuma tinggal seorang diri dalam dorm tu. Haaa.. cuba letakkan diri kita kat tempat Ain, tiap malam nak tidur mengadap 7 katil kosong selama 6 bulan, hahahaha.
Tepek sini gambar dengan kakak admin, kata Ain.
Tengahari, makan nasi lemak dan pulut panggang. Kisahnya daun pisang secoet aje atas nasi lemak, hehehe.
Sebenarnya, semalam, berangan nak pergi makan Laksa Johor kat Pasir Gudang ajak Iman. Lepas tu, Iman cakap, bukan bonda ada potluck ke? Ya tak ya, baru teringat.. jadi tak jadi pergi. Tapi, rezeki memang tak salah alamat, masa nak capai nasi lemak ternampak Laksa Johor. Ya Allah, terima kasihlah Aida yang belanja LJ ni, memang marvelous ni LJ dari Ateh's Kitchen atau Rumah Tengah yang pernah Sk makan kat restoran dia tu. LJ, SK bawa balik, sampai rumah, suruh Iman panaskan kuah dia. Tahan la tak basi sebab Sk simpan dalam esbox. Iman kata, macam LJ nenek masak, sambal belacan pun sama macam nenek buat.
murahnya kek oren dia...saya duk teringin nak buat kek oren sendiri tapi tak buat2 lg
ReplyDeleteKita kalau teragak nak makan kek memang beli jer, dah malas nak buat, banyak kerjanya, hehehe.
DeleteMudah-mudahan bertambah luas rezeki semuanya... Bukan kaleng² menu masing² ye 👍
ReplyDeleteMurahnya kek & brownies dekat situ...
wah murah kek oren tu...laksa johor yummyyy
ReplyDeleteMeriahnya makan2
ReplyDeleteLama dh x mkn LJ.. ssh nk jumpa LJ kat sini.. kalau ada org JDT open order br dpt mkn
ReplyDeleteBeraninya dia...macam Dania..dapat asrama dia aje dalam bilik tu, selebihnya katil kosong 3 bijik..pelik x takut langsung...ni dah pertengahan sem 2, masih xde roomate...cantiknya SK berbaju songket..songket pink tu pun cantik
ReplyDeleteBestnya LJ. Fav ni!
ReplyDelete